Thursday, November 19, 2009

Wanita meminang lelaki:Sunnah yang kian di abaikan

Saya mulakan post kali ini dengan memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada surah al-Ahzab ayat 70:

َياَأيُّهَالَّذِيْنَ أَمَنُوْا اتَّقُواللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيْدََا ¤.يُصْلِحْلَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ

ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا¤

َ

Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara),(70) supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan(71)

Saudara-saudariku sekalian,

Tujuan saya memetik ayat ini adalah supaya kita kembali merenung dan meneliti kefahaman yang dapat kita ambil dalam kehidupan.Allah swt menetapkan supaya kita hanya meletakkan kepatuhan dan ketaatan hanya kepada DIA dan rasulNYA.Kerana kehidupan kita hendaklah menggunakan kepada kekuatan Allah dan rasul dan bukan menggunakan ketajaman akal semata-mata.Firman Allah swt dalam surah Yunus:


وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ

شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Masyarakat pada hari ini,masih lagi berpegang kuat kepada adat dan budaya.Terutamanya berlaku di kalangan orang-orang tua.Kata-kata yang masih menjadi pegangan sebahagian daripada mereka sehingga hari ini “biar mati anak jangan mati adat”.Demikianlah kuatnya pegangan disanjung hinggakan anak sendiri sanggup dijadikan sebagai galang ganti kepada adat dan tradisi.Begitu juga halnya dalam urusan pinangan.Sejak berkurun dahulu,masyarakat kita tetap berpegang dengan adat pihak lelaki harus meminang pihak perempuan.Walaupun perkara ini tidak menjadi kesalahan pada hukum syarak,tapi persoalannya,mengapa sebahagian masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki juga boleh di pinang wanita?




Pada hemat saya,tidaklah menjadi perkara yang mengaibkan sekiranya lelaki yang soleh,kuat beragama,mulia akhlak dan baik peribadinya dipinang oleh pihak wanita memandangkan ianya sendiri merupakan perkara sunnah yang semakin dilupakan.Sekalipun ada yang berhujah dengan kaedah fiqh yang mengatakan "العادة محكمةiaitu “adat itu dikira sebagai hukum”,namun tidakkah kita meneliti sejarah yang menjadi sunnah dan beberapa perkara yang lebih relevan untuk diguna pakai.

Pertamanya,saya bawakan contoh yang berlaku kepada diri baginda Rasulullah saw.Baginda sendiri pernah dipinang oleh Saidatina Khadijah binti Khuwailid ketika melalui perantaran sepupu beliau ketika baginda berusia 25 tahun kerana terpikat dengan peribadi dan akhlak baginda yang sangat mulia dan terpuji.

Keduanya,saya katakana,lelaki yang dipinang wanita tidak menjadi perkara yang menjatuhkan maruah mana-mana pihak kerana,ia jelas bertepatan dengan syariat yang telah dijelaskan dalam hadis dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah saw dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”(Rujuk sohih Bukhari)

Sesungguhnya antara hak wanita yang perlu dipenuhi adalah memilih lelaki yang bersesuaian dengannya yang di ukur daripada agama,keturunan,harta, dan kecantikan paras rupa.Sekiranya seseorang wanita itu terpikat dengan kesolehan,ketaqwaan,ilmu dan akhlaknya serta dia yakin bahawa lelaki itu mampu untuk membimbingnya,maka itu tidak menjadi masalah untuk dia menawarkan diri kepada lelaki yang dihajatinya.

Wahai saudara-saudariku sekalian!!!

Jika melihat dan mengikut sunnah ini,dimana letaknya aib apabila wanita meminang lelaki?Jatuhkah maruah dan martabat wanita apabila dia menawarkan diri sendiri?Salahkah perigi mencari timba?Hakikatnya,semua ini tidak lagi menjadi ukuran apabila hal itu menjadi kemaslahatan ummah.Cuba kita fikirkan sejenak,mana lebih afdhal sekiranya wanita itu sendiri meminang lelaki yang soleh,berilmu dan berakhlak berbanding menunggu pinangan putera idaman bertahun-tahun lamanya yang dia sendiri tidak pasti bila akan berkunjung tiba.Apa juga kemusykilannya,Allah dan Rasul telah meletakkan garis panduan untuk kita ikuti.Jangan terlalu berpandukan kepada adat dan hawa nafsu.Allah berfirman:

اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ

Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”

Tidak dinafikan,setiap wanita telah dijadikan perasaan malu yang menebal dalam diri mereka.Sabda Rasulullah:

الحياء من الإيمان

Maksudnya: “Malu itu separuh daripada iman

Tidak dinafikan juga,diciptakan malu itu sebagai perhiasan kepada diri wanita.Tetapi janganlah jadikan malu itu sebagai penghalang daripada mencapai perkara kebaikan dan terhalang daripada terlaksnananya fitrah serta amalan soleh kita.Ketahuilah,sesungguhnya ciri-ciri orang yang solehah dan beriman itu adalah mereka yang bersegera kepada perkara yang mendatangkan kebaikan serta kebajikan.Namun dalam masa yang sama,para wanita masih lagi diberi peluang untuk menggunakan perantaraan orang tengah seperti mana yang pernah di lakukan oleh Saidatina Khadijah atau juga menggunakan bahasa-bahasa kinayah dan kiasan untuk memenuhi hajat mereka.




Terakhirnya,hayatilah sabda Rasulullah saw :

من استطاع منكم الباءة فليتزوج,فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج,ومن لم يستطع فعليه بالصوم

Maksudnya: “Barangsiapa yang berkemampuan dari kalangan maka kahwinlah,sesungguhnya ia mampu menundukkan pandangan,menjaga kehormatan,dan barangsiapa yang tidak mampu,maka wajib keatasnya berpuasa.”

2 comments:

sya_ais said...

assalammualaikum..
biar mati anak jgn mati adat...
sgt x leh diterima kn..klau mati anak, sapa nk bawa adat??

aqih said...

wsalm....
btol2..sbb tu kt kena fkr pnjg sblom buat pa pon,trmsk lah adat..