Friday, January 15, 2010

DILEMA & KEKELIRUAN CINTA BALQIS


CINTA BALQIS-ANGGAPAN MATI

Keasyikkan mengikuti drama bersiri cinta Balqis setiap petang memang suatu yang amat menarik.Pulang je dari kuliyah,dah tak da tempat lain yang nak dituju melainkan berposing depan televisyen.Tak sabar nak menunggu jalan cerita yang sering kali menyentuh jiwa.Nasib la di lahirkan sebagai lelaki,sekurang-kurangya ada jugak la jiwa kental lelaki dan ego yang mantap menahan daripada air mata mencurah-curah gugur.(jiwang plak..ha3)

Namun,saya agak tersentap dan berfikir agak panjang dalm satu babak yang di lakonkan ini,di mana Emran yang yang ditakdirkan telah pulih kembali ingatannya seperti sedia kala selepas 6 tahun terpisah.Lebih mengharukan apabila,dia kembali mengenali isterinya yang tercinta,Balqis setelah sekian lama terpisah.Rasa-rasa adakah perkahwinan mereka yang dahulu (6 tahun dahulu) masih lagi sah atau sudah terbatal (fasakh).Inilah dilema dan kekeliruan yang saya maksudkan.

Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang fiqh apatah lagi untuk mengulas perihal undang-undang rumah tangga.Tapi saya cenderong untuk mengkaji dan mengetahui dengan jelas serta terperinci apabila mendapati sebarang permasalahan dan kekeliruan terutamanya dalam soal agama Islam.Saya tak nak hidup dalam keadaan yang hanya sekadar mengikut pendapat orang tanpa ada kajian,hujah dan dalil yang sahih.Dalam masalah ini,secara ringkasnya saya catatkan di sini,perkahwinan Emran dan Balqis sebenarnya telah pon terbatal kerana Emran telah hilang daripada kehidupan isterinya melebihi tempoh 4 tahun. Tetapi malangnya,dalam babak ini,agak mengelirukan penonton apabila penceritaanya tidak menggugurkan perkahwinan mereka yang dahulu.

Hiasan je...

Dalam masalah yang sebegini,seharusnya,kita tidak boleh mengambil jalan penyelesaian sendiri.Tindakan yang segera dengan merujuk kepada kuasa mahkamah sama ada perkawinan itu harus dibubarkan atau tidak.Mengapa isteri perlu terbeban dengan bebanan yang sebegini berat ,sedangkan islam tidak pernah membebankan setiap penganutnya.Saya merujuk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan juga akta negeri Perak.Disebutkan dalam seksyen 52 di bawah bab Anggapan Mati :

Jika suami mana-mana perempuan telah mati atau dipercayai telah mati,atau telah tidak didengar perkhabaran tentangnya selama 4 tahun atau lebih,dalam hal sebegini adalah dia patut ,bagi maksud perempuan itu boleh berkahwin semula.Di anggap dalam hukum syarak bahawa dia telah mati.Maka mahkamah berhak mengeluarkan surat perakuan anggapan mati”.

Jelaskan kesilapan yang terlalu besar dalam babak Cinta Balqis ini.Bukan saya bermaksud untuk mengkritik,tetapi sekadar untuk membetulkan kesalahan yang teramat jelas.Ditakuti kesalahan yang sebegini akan menjadi contoh dalam masyarakat kita dan akhirnya menjadi barah buta tuli yang susah untuk di ubati.

Peringatan untuk semua,agar kita sentiasa membuat rujukan yang tepat dan betul sebelum meletakkan sebarang keputusan dalam hidup.Selalu lah merujuk dengan pakar dan alim ulama supaya kita tidak menjadi orang yang sesat dan menyesatkan orang lain.Nauuzubiilah...

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس,ولكن يقبض العلم بقبض العلماء,حتى إذا لم يبقى عالما اتخذا النا س رؤوسا جهالا فسئلوا,فأفتو بغير علم فضلوا وأضلوا

Boleh rujuk dalam kitab

:AL- MUFASSAL FI AL-AHKAM AL-MARAAH. (11 jilid)

:Akta-akta Keluarga Islam

:Hukum-hukum Keluarga Islam.

No comments: