Monday, February 01, 2010

HUKUM WANITA BERSELUAR PANJANG

Ringkasan daripada kitab HUSNU AL-IBANAH FI BAYAN SYURUTH MALABIS AL-MUKMINAH.

Melihat kepada zaman sekarang, semakain ramai wanita yang lebih selesa mengenakan seluar panjang daripada berpakaian jubah ataupun berkain. Alasan mereka supaya memudahkan pergerakan dan dalam masa yang sama mereka berasa lebih selesa. Namun di sebalik itu, perlu diketahui, adakah status mereka ini dikira menyerupai pemakaian lelaki kerana sekiranya menyerupai lelaki sudah tentulah haram. Atau adakah terdapat kelonggaran hukum dalam masalah wanita memakai seluar panjang ini.

Berikut merupakan pendapat daripada beberapa ahli ilmu :-

1) Menurut Syeikh Atuyyah Saqar, pada dasarnya seluar panjang itu kemas, menutup aurat bagi lelaki dan perempuan dan tidak ada aib dan cela pada seluar panjang yang dipakai mereka. Cuma bagi perempuan, kebiasaannya ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang meggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Sekiranya seluar perempuan itu berwarna-warni dalam masa yang sama dia meletakkan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah, di samping menghalang bentuk dan rupanya dari dilihat dan diketahui orang lain, maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa.

2) Menurut Prof.Dr.Wahbah Zuhayli, dalam kitab Fiqh Muassrah, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Beliau menjawab hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) dan ia boleh menampakkan fitnah. Begitu juga kerana ia menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki dan Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luar, (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar serta labuh sehingga ke paras bawah lutut maka hukumnya harus.

3) Manakala Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki, perempuan yang memakai seluar panjang di luarnya ada pakaian jubah atau baju yang labuh sampai ke lutut lalu seluar hanya dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja maka hukumnya tidak haram dengan syarat seluar itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikkan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis yang berpakaian tetapi bertelanjang.



SEMOGA BERSAMA GENERASI AL-QURAN


Zahiruddin Zainon

Petaling Jaya,Selangor


3 comments:

abduNYA said...

salam

boleh kongsi dari mana sumber yang anda nukilkan tentang post ini..ingin saya dapatkan..boleh tak agaknya saya dapatkan online??

apa tajuk buku jika bahan itu menjadi rujukan..

asifah kerana saya agak memerlukan

terima kasih kongsi ilmu Allah di dunia sementara

May Allah ease us in each of our path towords Mardhotillah..

insha Allah..~aku hanya hamba~

aqih said...

waalaikumussalam wr..
حسن الإبانة فى بيان شروط ملابس المؤمنة

mmg x da dalam internet..sy rs bleh ja rujuk dgn kitab2 len y lgi..antrnya..:

قرة العين بفتاوى إسماعل الزين

:فتاوى وأحكام للمرأة المسلمة

waahuaalam.

pu3 balqis said...

nice post...
bosan n jalan2...
sedap makanan... lapaq!...
awatla chatbox tu takley nak shout la...
buat susah betoi la...