Tuesday, May 04, 2010

Pandangan cinta

Ibn Hazm pernah jatuh cinta sebanyak tiga kali. Cintanya yang pertama dia tumpahkan kepada jariah (pembantunya) lalu menikahinya ketika Ibn Hazm berusia di bawah 20 tahun.

Ketika isterinya yang lebih muda darinya itu meninggal dunia, dia larut dalam kesedihan dan menangis berbulan-bulan, walaupun seperti pengakuannya dia adalah orang yang sukar untuk mencucurkan air mata.

Ibn Hazm pernah jatuh sakit sekian lama, bahkan sakitnya itu membawa kepada kehilangan sebahagian ingatannya, walaupun sembuh selepas beberapa ketika.


“Demi Allah, hingga kini aku tidak pernah lagi merasa bahagia. Kehidupan setelah kepergiannya tidak nyaman lagi. Aku terus mengenangnya dan tidak lagi menemukan kesenangan dari selainnya.”

Sekali lagi, dengan demikian, Ibnu Hazm sendiri sibuk dalam cinta sepanjang hidupnya, sebagaimana dia mewakafkan dirinya untuk ilmu-ilmu agama seperti fiqh , tafsir, hadis dan teologi.


Ibnu Hazm menulis bahawa, :


Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Dia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya.”


“Ketika masih remaja, aku jatuh cinta kepada seorang gadis berambut perang. Sejak itu aku tidak mengagumi gadis berambut hitam, walaupon pemiliknya berada di matahari terbit atau sangat cantik. Itulah kecenderunganku sejak saat itu. Diriku tidak pernah mengagumi lagi kecuali wanita yang berambut perang. Itu pula kecenderungan ayahku.”



Kalimat di atas merupakan pengakuan falsafah dan ulama besar dunia, Ibn Hazm.Antara karyanya yang terakhir berjudul Tauqul Hamamah (Di Bawah Naungan Cinta). Ibn Hazm berjaya menjadikan dirinya seorang sasterawan yang cukup disegani. Bukunya ini menjadi buku terlaris sepanjang abad pertengahan. Buku itu tidak hanya menarik bagi umat Islam, tetapi juga bagi kaum Nasrani di Eropah.

Padahal Ibn Hazm dikenal sebagai salah seorang ulama tersohor di abad pertengahan. Ayahnya dikenali sebagai salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Manshur.


Menurut penuturan Ibn Hazm, cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia 18 tahun. Sementara gadis pujaannya yang berambut perang berumur 16 tahun. Gadis itu sangat dikaguminya. Dia mengatakan bahawa wanita pujaannya itu seorang yang ayu, berakhlak baik, dan tubuh yang cantik. Si gadis itu juga pandai bernyanyi dan memetik kecapi, yang menjadi kebiasaan kala itu.


Ibn Hazm tergila-gilakannya. Setiap hari selalu Ibn Hazm menunggu gadis itu di depan pintu rumahnya. Sebaik gadis itu muncul, Ibn Hazm terus menyapanya. Seperti kisah remaja pada umumnya, kisah cinta Ibn Hazm penuh dengan romantikanya yang tersendiri. Jika dikejar, si gadis berlalu dengan malu-malu dan rona wajahnya bertukar kemerahan. Tentang perilakunya yang terbuai itu Ibn Hazm menulis, :


Saya masih benar bagaimana ketika saya selalu pergi ke ruangan tempat ia tinggal. Rasanya saya selalu ingin menuju ke pintu itu agar dapat berdekatan dengannya. Begitu ia melihat saya di pintu, dengan gerakan lemah gemalainya ia pergi ke tempat lain. Saya pun mengikutnya sampai ke pintu ruangan tempat ia berada.”


Ibnu Hazm, sebagaimana semua ulama dan agamawan, menyatakan bahawa cinta yang terbesar adalah cinta kepada Allah dan cinta antara sesama manusia yang dijalin kerana Allah swt. Cinta antara sesama manusia, antara lain cinta antara lawan jenis, jika terjalin kerana Allah, pasti diliputi oleh kesetiaan dan kesucian.


Ibnu Hazm al-Andalusi, seorang pakar hukum Islam menulis pengalaman peribadinya antara lain:


Seandainya bukan kerana keyakinan bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan negeri kekeruhan, sedangkan syurga adalah tempat peroleh ganjaran, kita akan berkata bahawa hubungan harmonis antara kekasih merupakan kebahagiaan tanpa kekeruhan, kegembiraan tanpa kesedihan, kesempurnaan cinta dan puncak harapan.”

Memandang Cinta

Menurut Ibnu Hazm, cinta itu sulit djelaskan. Tetapi pada orang yang jatuh cinta itu ada petandanya.


Pertama - terlalu asyik memandang orang yang dikasihi.


Kedua - segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk di dekatnya dan

mendekatinya.


Ketiga - gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.


Keempat - bersediauntuk melakukan hal-hal yang sebelumya enggan dilakukannya

Adapun yang mencoreng cinta menurut Ibnu Hazm adalah mereka yang melakukan maksiat dan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Cinta Di Mata Seorang Ulama

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa


Syair ini dikutip dari kitab Tauqul Hamamah karya Ibnu Hazm al-Andalusi


SEMOGA BERSAMA GENERASI AL-QURAN



Zahiruddin Zainon

Petaling Jaya,Selangor


1 comment:

Murtadha Bin Rafaai said...

Bila la dia nak makan nasik minyak ni..=)