Monday, June 14, 2010

Jatuh hati di Matruh....

Bandaraya Kaherah yang mempunyai keluasan hampir menyamai keluasan semenanjung Malaysia. Di tambah dengan kepadatan penduduknya menyebabkan Bandaraya Kaherah sentiasa tampak padat dan sesak. Apatah lagi sekarang ini, baru sahaja bermula perubahan kepada musim soifi,selalu juga hidung terasa sukar untuk bernafas. Mungkin kerana teriknya cuaca panas di sini bercampur habuk-habuk kepulan asap kenderaan dan pepasir yang berterbangan bermaharajalela di udara.

Tapi itu semua cerita di Muhafazah Kaherah. Kita akan terasa kelainannya bila berada di Muhafazah yang lain. Hari Khamis dan Jumaat yang lepas, kami berkesempatan ke Matruh dan Siwah.Perjalanan dari Kaherah ke Matruh melebihi 500 km dan mengambil masa hampir 6 jam. Manakala daripada Matruh ke Siwah pula lebih kurang 300 km. Kalau dicampurkan kedua-dua jarak perjalanan ini,melebihi jauhnya jarak dari Perlis ke Johor Bahru.

Jalanraya di Mesir tidaklah secantik dan sehebat lebuhraya kita di Malaysia.Setiap 70 km,kerajaan menyediakan RnR. Tapi di Mesir,setelah hampir 300 km barulah ada tempat untuk berhenti rehat dan makan.Kiri dan kanan sepanjang perjalanan kami di isi dengan padang pasir yang terbentang luas.Sesekali ternampak kelibat sekumpulan unta liar di kawasan padang pasir.

Hmmm....apa yang menarik di Matruh???

bahr al-ajibah

pesisir pantai bahr ajibah


melawat hamam cleopatara

Bahr al-ajibah adalah antara laut yang tercantik di dunia. Terletak di pesisiran laut mediteranean. Dalam bahasa melayu maksudnya laut yang ajaib. Dinamakan begitu kerana lautnya yang mempunyai beberapa sempadan warna kebiruan.Memang sangat memukau sesiapa yang melawat ke laut Ajibah.Tambahan pula,di sini kita boleh melihat 7 warna pelangi dengan jelas setiap petang di hujung laut.

Dibawa juga melawat ke hamam Cleopatra, iatu tempat Cleopatra bermandi-mandian suatu ketika dahulu.Suasana hamamnya yang terletak di pesisiran pantai dengan hembusan angin laut,memukau perasaan kami di sini.Inilah petanda kebesaran Allah taala, menciptakan laut dan darat untuk kesenangan dan kebahagiaan hambanya.


hamam Cleopatra di pesisir pantai

Di Siwah kami hanya sempat melawat ke Kota lama Siwah.Menariknya tinggalan bagunan di sini, di buat daripada campuran tanah dan telur lalu di jadikan bangunan. Namun sekarang hanyalah tinggalan kesan daripada runtuhan kota ketika zaman pemerintahan Kerajan Rom dahulu.Sebenarnya penduduk Siwah suatu ketika dahulu adalah penduduk yang menyembah matahari. Namun setelah Islam datang, penduduk Siwah ini berpegang dengan teguh dengan Islam hinggalah hari ini. Dan mereka menggunakan arab azamikhiyyah sebagai bahasa harian mereka.Sebab itu, hingga sekarang loghat arab mereka agak berlaianan dan sukar untuk di fahami.


kota lama siwah

Dan tengok ni......kurma coklat dan kurma badam.Buah tangan dari Matruh untuk orang Kedah...sedap!!!!

p/s : dah jatuh hati di mesir..............nak balik x mau







11 comments:

Si Kandil Hijau said...

hehe..xmau balik ya! meh k.tam ganti naik flight..

kak muteh said...

hahahaha...org yang baru pi memang tak mau balik...hat dah lama,dah jemu tak sabaq2 dah nak balik

aqih said...

hahaa.....kok mana pon memang nak kena balik gak la....tempat tumpah darah lahirku..kalau kak tam nak ikut balik gak ...jom la...masuk dalam bagasi...mau??haha

macik said...

mak aii..cntk gila pntai tuh..
haa pakat2 la blk..jgn x blk..cuti ni tadak sapa pon blk..x mcm cuti skolah pon..

kak muteh said...

memang la..sebab kami bukan budak sekolah dah..hahaha..
minggu depan i balik kampunggg...yahuuuuu

Si Kandil Hijau said...

ya makcik sbb sekarang kita dah xsekolah mmg la xmcm cuti sekolah maa...

tgh bulan 7 ni, xkira k.tam nak plk nak p matruh siwa..xda dwet pun nak p jgk..mmuahaha! aku tensennnn!

macik said...

tp yg mmg cuti wktu skolah pon x blk jgak..
suma blk sat2 ja...sunyi gila kg..x mcm dulu2..
bila pakat dok dkt jd cam ni la..
tp jumaat ngah nk bwat knuri arwah kat umah paksu..time ni la kot bru pakat nk blk..

aqih said...

y ada kat kg pon mcm x da ja.......budak tu keja tido ja memanjang..sunyi serupa tu la jugak..

PeNaWaR YaNG DiReDHai said...

buah tangan kt orang kedah tue lebih2kan ya..
da orang kedah tak bley balik malaysia lagi neyh..hehehe...

fatin nasibah said...

menarik2..
nnt jgn lupa bwk balik org matruh ya~

Murtadha Bin Rafaai said...

Uish..berjalan-jalan sampai mesir dia nuu..Alhamdulillah..bila la kita pulak nak jejak kaki kat sana ni..huu~