Wednesday, August 24, 2011

"Habis belajar, boleh kahwen eh"


Dua tiga bulan sebelum saya habis belajar dulu, mak pernah tanya. " Habis belajar bila ?konvo bulan berapa ?"

Saya terus jawab - " Insyaallah bulan 5 nanti habis, lepas tu kena sambung latihan mengajar 3 bulan di Sekolah Menengah, barulah konovokesyen sekitar bulan 10." (Sekarang masih fatrah menganggur setelah habis latihan mengajar di SMAP Labu)

"Lepas konvo boleh kahwin eh ? "- saya tanya balik.

Tanpa berlenggah terus mak reply, " Nak makan pucuk kayu dengan batu ka......bla...bla...bla...faham?! Itu penamatnya. Dah dapat satu syarahan spontan petang tu.

Sebenarnya isu boleh kahwin atau tidak bukanlah serius sangat. Entah macam mana boleh terkeluar petang tu. Sengaja nak test jawapan daripada mak sambil-sambil bergurau waktu petang, mencicah buah pelam masam belakang rumah.

Bagi saya, tak perlu kahwin awal-awal. Umur pon baru nak masuk 23 tahun. Selagi ekonomi untuk mendirikan rumah tangga belum terjamin dan cukup matang. Saya sendiri masih tertunggu-tungu surat interview dari KPM. Mudah cakap, saya akan tak akan berkahwin sebelum berkerja.

Lagi pula, kakak saya masih free hingga sekarang. Nak belajar lagi katanya. Tak manis pulak kalau melangkah bendul walaupun perkara ini tidak menyalahi syariat dan adat. Bukankah yang tua itu perlu dihoramati. Biarlah yang muda menyusul kemudian.

Dengan masa depan kerjaya dan emosi yang masih belum cukup kukuh dan matang, belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Segala-galanya saya sandarkan kepada Allah. Masih bayak lagi perancangan yang perlu direalisasikan.

Habis belajar, cari kerja, lepas tu baru fikir urusan yang lain.

Jodoh - tak akan lari ke mana andai itu taqdir dan ketentuanNYA.