Sunday, August 21, 2011

Majlis Keluarga

Ini cerita Majlis Keluarga sempena Ramadhan. Walaupon tak ramai yang dapat pulang untuk solat tarawih dan khatam quran sama-sama kat kampung, tapi alhamdulillah majlis berjalan seperti biasa.

Mula dengan solat isyak berjemaah, solat tarawih, dan tadarus al-quran adik beradik dan moreh. Specialnya tahun ni, jiran-jiran kampung pun ada jugak yang datang bertarawih dan tadarus sama-sama.


Nak menghidupkan lagisuasana puasa dan "aidilfitri" di kampung, petang tu saya "pacak-pacakan" pelita keliling halaman rumah. Adik-adik sepupu dan anak- anak saudara yang masih kecil ni riuh lari-lari sambil cucuh api pelita. Teruja tengok halaman bercahaya dengan api pelita. Baru meriah suasana malam ramadhan. Rasanya dah bertahun-tahun pelita tak pasang sebab tak da "sukarelawan" nak buat. 4 tahun puasa kat KL. Tahun ni "sukarelawan" dah balik raya awal kat kampung.

Esoknya, ifthor sama-sama kat rumah pak su dan "supper" makan-makan half cook !!!

3 comments:

Si Kandil Hijau said...

lagi tak meriah sbb zuhaida x balik kampung! hahahaaa

Zaher said...

ek elehh....natijah imtihan mana??

Zakiyah Zainon said...

Zuhaida tak balik dah besa dah... Kak muteh tak dak lagi terasa, cuba ada hehehe tak pasang pelita pun meriah tetap! Hehehe