Sunday, August 21, 2011

Kewajipan dan Tanggungjawab

"Ustaz..... kuliah subuh hari Jumaat ni giliran Ustaz Latif. Tapi mungkin dia tak dapat datang sebab ada hal lain. Jadi minta Ustaz lah yang ganti Ustaz Latif nanti ya." Pinta Cikgu Non setiausaha masjid kampung sayaselepas solat subuh berjemaah di masjid.

" Ermmm, ok..Insyallah." Saya membalas ringkas.

"Lepas tu, malam 28 Ramdhan ni, minta ustaz sekali lagi jadi imam tarawih sambung dengan tazkirah Ramadhan, sebab imam yang kita jemput tu pun ada masalah juga.Tak dapat datang".

Saya hanya tersenyum. Mengangguk tidak, geleng pun tidak. Sambil membelek note dalam kalendar handphone. Rupanya masih ada 2,3 kuliah untuk minggu ini tidak termasuk kuliah "bidan terjun"

Sebenarnya segan rasa nak bertazkirah di masjid. Apatah lagi kalau kena jadi "bidan terjun" untuk kuliah-kuliah yang penceramahnya tak datang. Tapi berat lagi nak menolak bila sesekali diminta begitu. Sebab itu antara harapan dan kepercayaan orang kepada kita.


Ustaz Muda
Sejak menamatkan latihan mengajar baru ini, menamatkan juga pengajian sarjana muda pengajian islam gelaran ustaz makin serasi. Baik di kampung atau di sekolah, gelaran itu yang di terima. Tapi, serius saya masih segan, malu dan kekok dengan panggilan itu. Tidak sepadan dengan taraf ilmu yang dimiliki, berbanding dengan ustaz-ustaz lain yang lebih relevan untuk digelar demikian. Saya bukanlah graduan dari timur tengah atau mana-mana jamiaah negara arab yang sangat hebat pengetahuan mereka dalam bidang agama. Dhaif dan Faqir mungkin untuk saya.


Kewajipan dan Tanggungjawab
Ini ancaman Allah melalui hadis Nabi :

Barangsiapa yang diminta menyampaikan ilmu, tetapi dia menyembunyikannya, Allah akan mengekang mulutnya dengan kekangan azab api neraka.

Memberi Tazkirah Ramadhan ini bukan pertama kali. Tapi kali pertama di masjid kampung sendiri sejak bergelar "ustaz menganggur". Dari sekolah menengah lagi pengalaman dipaksa untuk berucap di hadapan pelajar menjadi bekalan masa sekarang. Menyambung pengajian di Universiti Malaya, ada juga beberapa kali memenuhi undangan memenuhkan jadual kuliah dan tazkirah di kolej-kolej kediaman dan surau sekitar Lembah Klang.

Biarpun ilmu tidak seberapa, tapi antara kewajipan dan tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu sesama muslim.

"Sampaikan dariku walau satu ayat " itu pesanan Nabi kita yang perlu dipegang.

"-Wahai Tuhan, manfaatkanlah kami terhadap apa yang telah kami pelajari, dan berilah ilmu akan apa yang memnfaatkan diri kami -"

1 comment:

Zakiyah Zainon said...

Berbaktila kat kg halaman dulu, dah lama dok berlatih, ok la tuh!