Friday, October 14, 2011

Caiyyok !!!

Selepas 5 tahun, kembali semula ke Sekolah. Bezanya kali ini pulang sebagai guru. Walaupun tidak kekal atau berjawatan tetap di situ, namun tanggungjawab masih sama.

Saya meningalkan MMAS selepas STAM 2006, dan sekarang kembali dengan Ijazah Pendidikan.

Buat masa sekarang, hanya mengajar pelajar pelajar puteri sj. Madah nusus, mutholaah dan insyak utk ting. 4. Bengkel Bahasa Arab Tinggi untuk SPM dan Balaghah untuk STAM. Semuanya kelas exam.

Gara-gara kena mengajar silibus al-azhar, habis kitab-kitab zaman sekolah dulu saya baca semula. Alhamdulilllah, ilmu yang sudah lama ditinggalkan bertahun-tahun dulu, masih Allah pasak di hati. Terima kasih Ya Allah.

Sekarang, tinggal bengkel BAT untuk SPM sj. SMRAMM & STAM tengah berjalan. Walaupun tempoh sampai hujung tahun ini sj, tapi bukan main gabra lagi tengok anak murid masuk dewan exam.

Sempat memberi tasyji'e dalam kelas tambahan Sabtu lepas. Sama-sama mengaminkan doa minta Allah permudahkan urusan peperiksaan. Mudah-mudahan menjadi dorongan dan semangat untuk "kamu"semua berjaya. Amin !!!

3 comments:

Zakiyah Zainon said...

muahahaha..selamat jadi cekgu!

sya_ais said...

Assalammualaikum..tahniah konvo ari tu..maaf la x dpt p tgk geng2 permadah konvo..da kelas penuh ari tu..Dah lama x jenguk blog ni...dah jd ustaz dh kat maahad la ni..alhamdulillah..

soutul said...

Assalamualikum.tahniah ustaz dapat kembali mengajar ke MMAS semula.Semoga Allah jadikan ustaz sebagai Murabbi disana.