Wednesday, October 26, 2011

Cerita saya di Kuala Lumpur

Masa saya mula-mula isi borang nak belajar di Darussyifa, ada satu soalan yang ditanya.

" Apakah tujuan anda belajar di Darusyyifa ? "

Saya jawab sebab nak tolong keluarga dan masyarakat sekitar kita. Alhamdulillah, setahun saya berguru di sana, akhirnya dapatlah ijazah dari Tuan Guru HD. Lepas tamat , saya masih lagi berulang dari KL ke Bangi tiap-tiap minggu selama 4 tahun semata-mata nak lihat wajah Tuan Guru.

Selalu orang tanya, " dah dapat ijazah, tapi awat dok p lagi kat Darussyifa tiap-tiap minggu ?"

"Sebab sekarang saya nak ambik keberkatan Tuan Guru lepas dapat ilmu dari dia. "

Satu-satunya kenderaan yang saya ada waktu tu, motor RC 80 yang memang dah nampak usang dan buruk. Usia dia lebih kurang seusia saya. Kami meredah malam2 di Kuala Lumpur, mencelah di tepi2 kereta mewah milik orang kaya. Macam langit dan bumi beza.

Selalu jugak, kena hujan kat tengah2 lebuhraya. Lagi teruk, tengah-tengah hujan lebat, motor pulak tiba-tiba mati. Alahai, sejuuuk....sudah jatuh di timpa tangga. Manusia mana yang sanggup nak berhenti & tolong kita tengah2 hujan lebat macam tu. Jubah putih, kopiah, kain pelikat basah lencun !! Susah senang sorang-sorang.

Sambil memujuk hati, sebenarnya nak mencari keberkatan ilmu lebih susah dari mencari ilmunya. Kerana hanya yang berkat akan kekal dan bersama dengan kita selamanya.

No comments: