Sunday, November 04, 2012

10 tahun lepas

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah,
Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
Melihat gerak - gerinya teringat kepada mati.

malam terakhir tingkatan 4

Dalam hidup, kita beruntung kerana di penuhi oleh kawan dan rakan. Sekurang - kurangnya hidup tidaklah terlalu sunyi dan kaku. Saya pernah merasa kehidupan di asrama lebih kurang 5 tahun. Sepanjang tempoh itu, banyak yang saya kenal dan belajar.

Baru belajar hidup jauh dari keluarga, mulanya agak susah. Semua kerja kena buat sendiri. Seragam sekolah yang serba putih dari atas sampai ke kasut perlu di pastikan putih dan bernila. Membasuh baju tanpa mesin seperti kebanyakan asrama sekarang.

Setiap kali solat, mesti berada di surau. Dari subuh hinggalah ke isyak. Disebabkan sekolah agama, berkopiah putih adalah wajib setiap kali waktu solat dan berserban waktu malam. Mana-mana pelajar yang tidak ikut undang-undang tadi, lepas isyak wajib akan di denda, tampar dan di rotan depan pelajar lain supaya menjadi iktibar. Peraturan itu sudah menjadi adat resam di asrama.

Hadis, tafsir, balaghah, nusus, syariah, usul fiqh,feqah, tauhid, mantiq, insak, mutolaah dll........................................ Ringkasnya 23 subjek setahun. Wajib baca, hafal dan ingat. Alhamdulillah segalanya  dipermudahkan. Walaupon tak mampu menjadi alim seperti asatizah yang hebat, sekurang-kurangnya sudah merasai sendiri pengalaman dan pernah berada di jalan itu bersama mereka.

Kini, segala-galanya sudah dewasa. Kenangan pahit dulu menjadi manis bila di kenang sekarang. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang kepada kita. Sekarang kita faham, dulu di larang kerana kasih, di rotan kerana sayang. Bukan kerana benci atau mendera. Kerana itu, kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan takdir dan ujian kepada kita !









2 comments:

NurAmirahHanis said...

Pergh.. Rajen la plak update yea.. HAHA , teruskan rajin mengupdate.. Sy rajen m'bca ~ :D

Anonymous said...

Cantik blog ust. Teruskan :) Setiap entry ada nilai-2 yg dapat dicontohi ... Sy sntiasa menunggu entry baru dr ust. zaher. :D