Wednesday, January 20, 2010

TEKA-TEKI FIQH

Lucu bila teringat kembali kisah dalam kelas tutorial Pengajaran FIQH baru ni. Bersama-sama dengan ustaz muda, Ustaz Asyraf Isyraqi, juga senior Maahad suatu ketika dahulu. Kebetulan, saya dan kawan ditugaskan untuk membuat presentation hari tu. Tajuk yang kami perlu siapkan Konsep Pengajaran Fiqh. Alhamdulillah segalanya berjalan denga baik. Pembentangan yang jelas dan meyakinkan. Itu komen ustaz kepada kami. Ala-ala penceramah nampak gaya...(Insyaallah..he3)

Bila masuk satu bab dalam pembentangaan kami tu, tentang masalah fiqh yang tidak terdapat pada zaman nabi tetapi wujud pada zaman sekarang. Jadi dari mana dan ke mana yang perlu kita rujuk untuk selesaikan masalah ini. Kita sedia maklum, Al-Quran dan Hadis sebagai sumber perundangan yang tidak boleh disangkal lagi. Cumanya adakah masalah-masalah fiqh yang wujud sekarang ini wujud dalam al-Quran atau hadis-hadis baginda???

Demikian persoalan yang sengaja kami lemparkan kepada kelas ketika sesi pembentangan semalam. Sebagai contoh, masalah ketagih dadah, ada pada zaman sekarang tetapi tidak pada zaman dahulu. Rokok, wujud zaman sekarang tidak pada zaman nabi, urus niaga kad kredit, hukum bergambar dan banyak lagi . Sebagai pembentang, kami menghuraikan sekadar yang boleh dan cuba untuk memahamkan pada tahap pemikiran pendengar dan juga ustaz.

Selesai sesi pembentangan tu, ustaz seolah tertarik dengan perbincangan yang kami bawa dan beliau menyentuh isu ini secara ringkas. Lalu beliau membuat contoh masalah yang ada sekarang tidak pada zaman dahulu sambil berseloroh. Contohnya, bayi yang menyusu dengan seekor ibu kambing, cukup 5 kali kenyang dan cukup syarat-syarat untuk dianggap sebagai anak susuan la kiranya. Persoalannya...adakah bayi ini di anggap sebagai anak susuan jugak?? (fikir-fikir...haha)

Faqihah.....Faqihah......minat sungguh tengok kambing!

Soalan yang kedua, selalunya kalau di Mekah bila jemaah dengar imam baca ayat Sujud Tilawah, pasti semua akan sujud tilawah kan sebagai penghormatan kepada ayat tu. Tapi, kalau kita dengar radio baca ayat sejadah, adakah kita perlu sujud jugak?? (ermmm....)


Soalan yang ketiga, kalau kita mandi sungai, arah manakah yang perlu kita hadap? Utarakah, selatankah atau kiblat??? (cam na???)

Ulu Yam yang mendamaikan..

Itulah antara persoalan yang kami kena fikirkan dalam kelas tutorial ni. Masing-masing ligat saja memiikirkan jawapan yang paling tepat. Tapi bila dengar saja jawapan dari ustaz, tergelak semua sebab jawapan yang tidak pernah disangka-sangka pun muncul. Tapi logik !!!

Sebenarnya soalan -soalan ini mahu menununjukkan bahawa sebenarnya para ulama pun melawak juga.Tapi senario lucu mereka tu lebih beradab dan berpendidikan daripada kita. Dalam melawak pun masih ada ilmu yang mencurah-curah keluar.


Jawapan:

1-Bayi tu akan jadi bayi susuan kalau bayi itu adalah anak kambing.

2-Kita kena sujud tilawah kalau tiba-tiba radio itu sujud tilawah.

3-Mengadap arah pakaian kita. Takut-takut orang curi pakaian kita nanti...he3


SEMOGA BERSAMA GENERASI AL-QURAN


Zahiruddin Zainon,

Petaling Jaya,Selangor


Monday, January 18, 2010

Kembara Alam

BISMILLAH.

ALHAMDULILLAH, coretan selepas pulang dari XPDC ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Semestinya satu pengembaraan dan pengalaman yang menggembirakan. Dapat mendaki dengan kudrat tulang empat kerat sendiri, melihat keindahan ciptaan tuhan, mendengar dan merasai kehidupan makhluk-makhluk Allah di rimba yang mendamaikan.

Posing jap..rest!!!!!

Bersantai tepi curam atas puncak Gunung Datok

Walaupun Gunung Datuk ini, tidaklah setinggi gunung-gunung di banjaran, Gunung Tahan dan lain-lain gunung tapi pendakiannya hanya mengambil masa dua jam sahaja. Tidak terlalu sukar....cuma kadang-kadang semput jugak la. api segala kepenatan tu lenyap setelah dapat menjejak kaki di puncak gunung . Puas hati walaupun penat. Huh!!

Kenangan di puncak..alhamdulillah mendamaikan!


Kami puas hati ...

Pemandangan dari puncak gunung

Cumanya, bagi mereka-mereka yang ingin merasai pengalaman berkembara, perlu titipkan lebih lagi sifat berdikari, cekal dan kreatif. Berdikari kerana apa? Sebab bila dalam pengembaraan ,kita perlu kurangkan kebergantungan dan pertolongan dari orang lain. Tapi sebenarnya kita yang perlu bersikap untuk membantu mereka yang susah. Cekal kerana apa? Kalau ditimpa kesusahan dan keletihan, kita perlu sabar dan teruskan perjalanan dan pengembaraan. Pengembaraan sudah dimulakan, rugilah kalau ada yang mengambil keputusan untuk berhenti di tengah jalan atau berpatah balik. Dan kreatif kerana apa? Pentingnya yang ini kerana, bukan semua benda yang ada di luar kita boleh bawa ke dalam hutan. Kita perlu mengolah dan mempelbagaigunakan setiap benda. Cukuplah sekadar benda yang bermanfaat dan memerlukan yang kita bawa bersama. Kalau nak makan, masaklah apa yang ada, dan makanlah sekadar untuk bertenaga semula. Tak perlu nak bersedap-sedap dalam hutan. Tak perlu juga nak berion-rion pakaian.Apatah lagi nak berhias-hias. Buleh faham?!

Dan yang lagi best, lepas balik dari Rembau, terus ke Sabak Bernam. Jalan-jalan tengok tempat orang. Perut yang memang dah lapar ini terisi akhirnya. Kak Syifa belanja makan MEE UDANG,NASI GORENG UDANG,KERANG BAKAR &AIR KELAPA MUDA. (haha!)

MEE UDANG SABAK BERNAM

KERANG BAKAR PANTAI BNO

NASI GORENG UDANG

Makan pulak bersantai-santai tepi Pantai BNO, Sabak Bernam. Layan jeeerr...dah rezeki, jangan menolak kan. Terima kasih bebanyak.!! Kami doakan moga cepat bertemu jodoh yang terbaik.


SEMOGA BERSAMA GENERASI AL-QURAN


Zahiruddin Zainon,

Petaling Jaya,Selangor


Thursday, December 31, 2009

GERHANA BULAN

Gerhana Bulan



Dalam keasyikkan dan keghairahan menyambut TAHUN BARU 2010,jangan pula kita lupa untuk meraikan peristiwa Gerhana Bulan.Di jangka berlaku sektar jam 1 pagi hingga 3 pagi esok (1 Januari 2010).Disunatkan kepada umat islam untuk menuanaikan solat sunat khusuf (solat sunat gerhana bulan).

Perhatian:Solat sunat khusuf mempunyai 2 rakaat ,4 bacaan al-fatihah,4 bacaan surah,4 rukuk dan 4 sujud.




Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir