Tuesday, November 17, 2009

Tasyabbuh:Gejala dan Hukumnya

Tasyabbuh dari segi istilah fiqh membawa erti “penyerupaan”. Penyerupaan di sini lebih menjurus kepada masalah lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya yang dapat di nilai dari segi pemakaian,perhiasan,percakapan,gerak badan dan juga mengubah bentuk fizikal badan.Dari hari ke hari,masalah tasyabbuh ini semakin berkembang biak,tumbuh melata bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Dibimbangi masalah ini suatu masa nanti,akan bermaharajalela dan tidak lagi di anggap sebagai masalah yang besar tetapi dilihat sebagai budaya biasa dalam masyrakat kita.Umat Islam amatlah ditegah dalam hal bertasyabbuh ini kerana secara tidak langsung kita telah mengkut jejak langkah kaum Yahudi dan Nasrani laknatullah.Dalam masa yang sama gejala bertasyabbuh ini merupakan salah satu perkara yang amat dilaknat oleh Allah dan Rasulullah saw.

Saya ingin menyebut dengan ringkas beberapa perkara tasyabbuh yang semakin serius serta merebak dengan cepat dalam khidupan masyarakt hari ini.

1-Penyerupaan jantina kepada jantina yang lain.Pengharaman ini kita dapat melihat dengan jelas satu hadis yang dibawa oleh baginda saw:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المخنثين من الجال و المترجلات من النساء

Maksudnya: “Rasulullah melaknat golongan yang wanita yang menyerupai lelaki dan

golongan lelaki yang menyerupai wanita”.

Dalam riwayat yang lain disebut :

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال و المتشبهات من النساء

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang yang menyerupai wanita daripada kaum lelaki dan

orang yang menyerupai kaum wanita daripada kaum lelaki”.

Jelas pengharaman yang dibawa oleh baginda dalam hadis yang disebut.Namun masalah bertasyabbuh ini dilihat semakin hari semakin parah.Sebagai seorang mahasiswa,saban hari saya menyaksikan sahabat-sahabat di kampus secara terang-terangan dan tanpa perasaan segan silu telah membawa perwatakan yang jauh tersimpang daripada perwatakannya yang telah Allah tetapkan.Mereka sengaja menukar perwatakan jantina, semata-mata untuk mendapatkan kepuasan dan layanan nafsu yang tidak kenal erti kalah.Lebih menyedihkan apabila kebanyakkan mereka yang terlibat ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah di ungkap kalimah suci di telinga saat mereka dilahirkan.Namun angkara ilmu yang kurang,serta penghayatan yang tidak di amalkan dengan sebenarnya,pelayaran hidup mereka telah tersesat jauh.

2- Berkenaan dengan gejala tasyabbuh ini yang ingin saya ungkapkan, apabila teringat kalam mulia baginda Rasulullah saw:

لتتبعن سنن من كان قبلكم شبرا بشبر و ذراعا بذراع حتى لو دخلوا فى حجر ضب لدخلتموه

,قال اليهود او النصارى يا رسول الله؟قال:فمن.

Maksudnya:“Sudah pasti akan mengikut orang-orang yang selepas kamu,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta,sehinggakan kalau mereka memasuki ke dalam lubang dhob sekalipun,pasti mereka akan mengikutinya……….”

Persoalannya,sedar atau tidak,bahawasanya kehidupan kebanyakkan umat islam sekarang ini tidak lagi berpandukan kepada apa yang di ajarkan oleh Rasulullah,malahan mereka mengambil budaya kaum yahudi dan nasrani sebagai mahaguru dalam hidup mereka.Saya teringat sabda nabi:

وما أتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوه

Maksudnya:”Apa yang di bawa oleh Nabi,maka hendaklah kamu ambil,dan apa yang ditegah daripada kamu melakuknnya,maka tinggalkanlah”.

Saya melihat, remaja-remaja yang seusia dengan saya sekarang , gemar untuk mewarnakan serta mencorakkan rambut mereka.Mereka sudah tidak peduli akan halal dan haram perlakuan mereka ,perbuatan yang mencemarkan maruah keluarga serta perilaku yang mencalarkan imej negara.Kononnya apa yang mereka lakukan itu lah yang mengikut “trend” semasa, “up to date”,bersesuaian dengan zaman kini,sedangkan itulah budaya yang akan membawa kepada kehancuran dunia suatu masa nanti.Ingatlah sahabat-sahabatku, remaja sekalian ungkapan yang penuh hikmah:

شباب اليوم رجال الغد

“Remaja hari ini adalah pemimpin pada masa depan”.

Jika remaja yang ada pada masa kini sudah berkelakuan tidak seperti yang diharapkan,mana mungkin kita mampu untuk mewarisi keunggulan budi pekerti dan ketokohan para sahabat serta ulama-ulama suatu masa dahulu.

3-Tidak kurang juga,wanita-wanita gemarkan kepada dunia fesyen,dan "trend" rambut ala-ala artis eropah.Mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk memastikan kepala mereka dihiasi dengan rambut palsu yang di idamkan.Sedarlah wahai wanita-wanita sekalian,lihatlah sabda junjungan besar kita dalam hadisnya yang berbunyi:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواصلة والمتوصلة

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambutnya

dan minta untuk disambungkan”.

Menyambung rambut dalam hadis ini bermaksud menggunakan sesuatu yang bukan daripada rambutnya yang asal bertujuan untuk berhias di khalayak ramai.Tidak cukupkah dengan dosa tidak menutup kepala,ditambah pula dengan dosa dan laknat menggunakan rambut palsu.Mereka ini bagaikan meminta-minta untuk Allah taala turunkan azab mereka dengan balasan yang maha dasyat.Nauuzubillahiminzalik.

4-Kita juga pernah digemparkan dengan seorang pelakon wanita negara yang sanggup meletakkan hukum agama dibelakang dan berimamkan kepada hawa nafsu. Kekayaan dunia sementara yang dicari semata-mata dengan hanya mencukur kepala untuk mendapatkan populariti,dan mencari keuntungan duniawi.Apakah umat islam khususnya para wanita islam yang diharapakan untuk menggoncang dunia seperti srikandi sumaiyyah sudah hilang dalam abad modenisasi ini.Lantas Rasulullah tidak pernah lupa menginagtkan umatnya tentang larangan dan haramnya membotakkan kepala khusus kepada wanita:

نهى رسول الله أن تحلق المرأة رأسها

Maksudnya: “Rasulullah saw melarang perempuan daripada mencukur kepala mereka”

5-Lebih menyedihkan budaya menyimpan dan mewarnakan kuku. Budaya ini sudah tidak kira kecil atau besar,muda atau tua ada saja yang melakukannya.Perkara ini bukan sahaja tidak menepati cara hidup orang islam,malahan juga,berlawanan dengan hukum syariat islam.Kita boleh melihat hadis yang dibawa oleh baginda:

قصر الأظفار,فإن الشيطان يقعد على ما طال تحته

Maksudnya:”Potonglah kuku,kerana syaitan berada di bawah kuku yang panjang”.

Saranan daripada Rasulullah ini perlu di ambil perhatian kerana,kesan yang dapat kita perhatikan daripada pengaabaian ini adalah,berlakunya banyak kes-kes seperti keracunan dan histeria.Kedudukan kuku yang berkongsi tempat dengan jari-jari yang terdedah ,menyebabkan ia sangat mudah dihinggapi pelbagai kuman dan bakteria menyebabkan kita terdedah kepada masalah keracunan makanan.Manakala kerasukan,seperti yang sedia maklum,bahawa syaitan itu itu sendiri meresap masuk ke dalam jasad manusia melalui rongga-rongga yang terbuka seperti,hidung,mulut,telinga,kemaluan dan kuku.Oleh yang demikian,hikmahnya apabila kita bersin,menguap dan berhadas di anjurkan untuk berdoa.Apatah lagi bagi mereka yang gemar menyimpan kuku yang panjang pastinya menarik minat syaitan untuk bergayut dan berhibur disisi mereka.

6-Pemakaian remaja baik lelaki dan wanita,kebanyakkanya sudah tidak membawa dan menunjukkan syariat islam yang dipegang.Etika dan disiplin dalam pemakaian yang telah ditetapkan oleh Allah dalam surah al-Nur dan beberapa potongan hadis Rasulullah sudah tidak menjadi ikutan dan pegangan.Mereka lebih gemar berpakaian yang bergambar dan kata-kata yang tidak sopan.Yang lebih memalukan bilamana ada yang sanggup memakai pakaian yang berlainan dengan jantinanya sendiri.Orang yang sanggup melakukan perbuatanyang sedemikian,semamangnya layak untuk menerima kutukan daripada Allah taala.Sabda Rasulullah saw:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس ملبس النساء والنساء تلبس ملبس الرجل

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian orang lelaki.”

Mereka tidak sedar,apa yang dipakai oleh mereka itu telah menonjolkan sikap mereka yang tidak berakhlak.Maruah yang sepatutunya dipelihara dengan sempurna,sudah menjadi bahan buangan.Imej yang mereka bawa bukan hanya cacat pada pandangan mata manusia,malahan juga buruk dan hina pada pandangan Allah.Kerana itu Rasulullah melarang sebarang bentuk gambar pada pakain yang boleh menggangu kekhusyukkan solat seseorang kepada Allah swt. Rasulullah pernah menegur perbuatan seorang sahabat yang mengenakan kain yang bercorak dan berlukis:

أخريه عني فإن تصاوره تعارضلي ف صلاتي

Maksudnya: “Jauhkan ia daripada pandanganku,kerana gambarnya menganggu

kekhusyukan dalam solatku”.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sebenarnya masih banyak perkara-perkara tasyabbuh yang perlu disebut.Tetapi cukuplah sedikit perkongsianyang saya selitkan pada kali ini.Apa yang kita dapat,mudah-mudahan dapat disampaikan kepada teman-teman yang lain.Ingatlah,kita umat Islam,tidak ada suatu pon yang harus kita contohi melainkan kepada Sunnah Rasulullah,para sahabat dan orang-orang yang mulia di sisi Allah swt.Kembali mengungkap pepatah syair arab:

فإن لم تكونو مثلهم فتشبهوا فإن التشبه بالكرام فلاح

Masudnya: “Andainya kamu tidak dapat menjadi seperti mereka,maka contohilah perilaku mereka,Sesunggunya denga mencontohi orang-orang yang mulia itu,nescaya memabwa kamu kepada kebahagiaan”.

No comments: