Sunday, September 21, 2014

Bertunang

Buku itu Tunang saya !!!

Selepas saya  menjadi editor pengarang kepada beberapa buah buku guru saya yang telah di terbitkan di pasaran 2,3 tahun yang lepas, saya berazam untuk menerbitkan buku tulisan sendiri. Mula-mula saya cuba menulis sebuah buku  tentang "pengurusan jenazah". Tapi tak kekal lama, akhirnya tinggal pen dan kertas saja berselerak atas meja.  Buku tak juga siap. Tapi draftnya masih ada.

Setahun kemudian, saya cuba lagi nak terbitkan sebuah buku, tapi kali ini, saya cuba menterjemah kitab arab ke dalam bahasa melayu berserta dengan gambar-gambar yang menarik. Tajuknya " Petanda Kiamat Kecil dan Besar". Dah hampir separuh kitab saya terjemah, penerbit dan pencetak pun dah dapat,tiba-tiba laptop "compaq" saya mati tak hidup-hidup sampai hari ni. Apa boleh buat?!! Mungkin Allah masih belum mengizinkan untuk saya. Tapi hari ini saya gunakan kitab itu untuk kuliah maghrib di masjid-masjid .

Sekarang, selepas 3 tahun saya menjadi guru bahasa arab di MRSM, terasa untuk menulis buku aktiviti dan latihan Bahasa Arab PMR dan SPM khas untuk pelajar saya terlebih dahulu. Kalau berhasil, barulah di pasarkan di luar.  Selalu saya menilai kelemahan anak-anak pelajar saya yang lemah dalam bahasa arab. Antara sebabnya mereka sangat kurang latihan memandangkan di pasaran pun kurang buku aktiviti,buku kerja dan latihan bahasa arab.

 Nota, latihan,formula saya sudah siap kumpul. Cuma semangat masih kurang. Malas masih bertakhta. Atau mungkin juga perlu seorang pembantu peribadi untuk saya siapkan  "projek mega" ini. ^_^ Harapnya, Allah berikan saya kesempatan dan peluang untuk mula menulis dan siapkan buku tulisan saya sendiri.

Ulama - ulama silam meninggalkan kitab-kitab mereka sebagai harta dan khazanah yang sangat berharga kepada kita hari ini. Itulah harta mereka yang paling berharga. Hingga hari ini kita masih boleh mengambil manfaat daripada penulisan mereka.
Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik mengarang berpuluh kitab. Imam Tirmizi dengan Sunnan Tirmizi, Syamail Muhammadiah, Imam Nawawi dengan kitab Riyadhu salihin dan banyak lagi karangan lain, dan ramai lagi para ulama yang meninggalkan penulisan mereka hingga hari ini.

 Ya Tuhan, Izainkan saya untuk mengikuti jalan mereka !

Entry terakhir

Entry terakhir saya 4 November 2012. Hampir 3 tahun sengaja tidak meng"update" blog atas pelbagai sebab. Sebab paling utama kerana malas.

Entry terakhir dulu......
saya belum punya kereta sendiri,...Hari ini saya berkereta sendiri walaupun biasa saja.
saya belum punya rumah sendiri....Hari ini saya sudah ada dua buah rumah walaupun kecil-kecil saja.
saya belum punya aset sendiri.....Hari ini saya sudah ada pelbagai aset walaupun murah-murah saja.
saya belum punya "handset" android....Hari ini saya sudah boleh meng"gores" setiap masa.
saya ada 3 anak saudara....Hari ini saya sudah ada 8 anak saudara.
saya masih di alam remaja....Hari ini saya sedang menuju usia tua,tapi  bukan tua bangka !

 Ini yang paling penting..

Entry terakhir dulu.....

saya masih bujang....Hari ini saya  tetap masih  bujang!!!

ALHAMDULILLAH

Sunday, November 04, 2012

10 tahun lepas

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah,
Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
Melihat gerak - gerinya teringat kepada mati.

malam terakhir tingkatan 4

Dalam hidup, kita beruntung kerana di penuhi oleh kawan dan rakan. Sekurang - kurangnya hidup tidaklah terlalu sunyi dan kaku. Saya pernah merasa kehidupan di asrama lebih kurang 5 tahun. Sepanjang tempoh itu, banyak yang saya kenal dan belajar.

Baru belajar hidup jauh dari keluarga, mulanya agak susah. Semua kerja kena buat sendiri. Seragam sekolah yang serba putih dari atas sampai ke kasut perlu di pastikan putih dan bernila. Membasuh baju tanpa mesin seperti kebanyakan asrama sekarang.

Setiap kali solat, mesti berada di surau. Dari subuh hinggalah ke isyak. Disebabkan sekolah agama, berkopiah putih adalah wajib setiap kali waktu solat dan berserban waktu malam. Mana-mana pelajar yang tidak ikut undang-undang tadi, lepas isyak wajib akan di denda, tampar dan di rotan depan pelajar lain supaya menjadi iktibar. Peraturan itu sudah menjadi adat resam di asrama.

Hadis, tafsir, balaghah, nusus, syariah, usul fiqh,feqah, tauhid, mantiq, insak, mutolaah dll........................................ Ringkasnya 23 subjek setahun. Wajib baca, hafal dan ingat. Alhamdulillah segalanya  dipermudahkan. Walaupon tak mampu menjadi alim seperti asatizah yang hebat, sekurang-kurangnya sudah merasai sendiri pengalaman dan pernah berada di jalan itu bersama mereka.

Kini, segala-galanya sudah dewasa. Kenangan pahit dulu menjadi manis bila di kenang sekarang. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang kepada kita. Sekarang kita faham, dulu di larang kerana kasih, di rotan kerana sayang. Bukan kerana benci atau mendera. Kerana itu, kita perlu sentiasa berbaik sangka dengan takdir dan ujian kepada kita !









Wednesday, October 31, 2012

Jangan lupa rumput di bumi

Bila padi dah berbuah...

Lalang tidak berguna lagi...


*******************


Kalau mendongak bintang di langit...

Jangan lupa rumput di bumi....



Mungkin kerana kita hanya memikirkan kejayaan itu milik kita. Kekayaan itu dengan usaha kita. Dan kita bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa sampai kita terlupa untuk memandang ke bawah .

Sebenarnya kita terlupa yang bahawa yang Lebih Atas dari bintang-bintang itu menjadikan kita berjaya !

Sakinah

Ketenangan itu milik MU.




Saturday, March 17, 2012

Doakan daku

" Usaha dan ikhtiar itu wajib."

" Ini adalah ujian daripada Allah untuk saya. Saya sanggup menerima ujian Allah. Sebab Allah tidak memberikan kepada kita ujian melainkan yang kita mampu sahaja. " " Ikhtiar dan doa saya sahaja tidak memadai. Saya harapkan doa daripada anda semua. Tapi doa sahaja tidak cukup, melainkan doa dari hati yang ikhlas. Ikhlas sahaja masih belum cukup, kerana kita perlu berserah segala-galanya kepada Allah swt. "

" Akhirnya....kenang daku dalam doa mu"

Sayu dengan ucapan Tuan Guru Haron Din. Dalam nada yang sebak dan terharu, beliau gagahkan untuk bercakap di hadapan ahli kelurga dan anak - anak murid rapat semalam. Ada nada tangis yang di tahan Tuan Guru.

Semoga perjalanan TGHD ke San Fransisco malam ini di di permudahkan Allah. Wahai Allah yang Maha Penyembuh, kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan kepada guru kami.

Setitik dua air mata kami keluar sebaga tanda kasih dan pisah.

Amin Ya Rabal alamin.