Wednesday, November 18, 2009

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti kepada sahabat sekalian.Manfaatkan sebaik mungkin masa dengan aktiviti yang bermanfaat.BYE!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuesday, November 17, 2009

Salam sms...



Alkisahnya,minda saya ligat terkenangkan kepada beberapa tahun yang lepas,sekitar tahun 2005,buat pertama kalinya,saya memiliki handphone sendiri.Walaupon ketika itu,boleh dikatakan saya agak terlewat untuk memiliki handset sendiri,tapi bukan bermakna saya tak up to date.(hahaha..)Namun,kali ini,bukan saya nak bicarakan tentang kecanggihan dan kemodenan handphone yang ada pada hari ini.Memandangkan saya sendiri pon masih belum berganti handset,masih menggunakan handset kawan ja,sejak-sejak,handphone saya yang dihadiahkan oleh Dato Sri Shahrizat Jalil dua tahun yang lepas,rosak disebabkan terendam dalam minyak masak waktu memasak di gerai konvo.(kenangan manis!!).Cumanya terlintas di benak fikiran,untuk saya kongsikan mengenai budaya dikalangan kita yang meringkaskan ucapan “Assalamualaikum” kepada ucapan “salam” dalam smsnya. Kalau dulu,masih saya ingat,buat pertama kalinya,ucapan “Assalamualaikum”,kita ringkaskan kepada “Askum” sahaja.Hinggalah beberapa ketika selepas itu,kita di gemparkan dengan sms berantai supaya menukarkan penggunaan perkataan “Askum” dalam sms kepada “Salam”.Alasannya,kerana perkataan Askum itu sendiri membawa maksud yang tidak elok dalam penggunaan bahasa Yahudi.Wallauhualam.Mungkin ada benarnya.

Alhamdulillah,masih kekal hingga sekarang penggunaan salam.Satu budaya yang cantik dan indah.Namun secara jujurnya,ketika ramai yang telah menyahut seruan untuk menggunakan kalimah “salam” itu,saya secara peribadi lebih cenderong untuk menggunakan salam penuh (assalamualaikum)sebabnya,saya suka untuk meneliti sebab dan musabab serta hujah beserta dalil yang menunjukkan kepada bolehnya kita beramal dengan sesuatu perkara.Namun walaupon saya punya alasan yang tersendiri ketika itu,bukan bermaksud saya menolak lafaz salam yang diringkaskan.Tak jadi masalah pon untuk menggunaknnya.Akhirnya pencarian saya terjawab,setelah saya terbaca dalam sebuah kitab yang bertajuk “Fiqh Muamalah bi-Kuffar((الفقه المعاملة بالكفار yang kini berada dalam koleksi mini perpustakaan saya.Dinukilkan dalam kitab tersebut,Rasulullah saw pernah mengutuskan sepucuk surat kepada seorang kafir,dan baginda menulis di permulaan surat dengan ucapan:

"سلام على من اتبع الهدى "

“Maksudnya:Sejahteralah keatas mereka yang mendapat petunjuk.

Maka,dapat kita ambil disini,bahawa baginda sendiri pernah menggunakan kalimah “salam”dalam penulisan baginda.Akan tetapi,menggunakan lafaz yang asal adalah suatu perkara yang lebih aula.Kerana ucapan salam itu sendiri merupakan suatu doa sesama muslim.Adapun jika menggunakan lafaz “assalamualaikum” biarlah untuk sesama muslim sahaja.Namun jika tetap hendak memberi salam kepada bukan muslim tidak menjadi masalah kerana ia merupakan perkara khilaf dikalangan para ulama. Sebaiknya,kalu berjumpa dengan orang bukan muslim,gunakanlah lafaz penghormatan yang lain seperti selamat pagi hello dan sebagainya. Kerana itu juga sebahagian daripada ucapan salam. (Tapi “ salam 1 malaysia” tak termasuk ye..)Nabi bersabda:

لا تبدأو اليهود و النصارى بالسلام

Maksudnya “:Janganlah kamu memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan Nasrani”

Banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada galakan supaya kita menyebarkan salam sesama manusia.Antaranya,suatu hari ketika baginda bersama-sama dengan para sahabat,baginda berkata:

....الا أدلكم إذا فعلتم تحاببتم بينكم.قيل:وما هئ يا رسول الله ؟ قال : أفشوا السلام بينكم

Maksudnya: “Mahukah kalian aku khabarkan tentang suatu perkara,jika kamu lakukannya,nescaya kamu akan saling mencintai antara satu sama lain.Apakah perkara tersebut wahai Rasulullah?Baginda bersabda:Sebarkanlah salam di antara kamu”



Asal lafaz salam ini,memanglah suatu doa yang saling memohon kesejahteraan antara kita .Justeru amatlah digalakkan untuk kita mendoakan kesejahteraan kepada diri kita dan orang lain.Kembali kepada persoalan penggunaan lafaz salam dalam sms,bertitik tolak daripada dalil yang telah saya sebutkan tadi,maka menggunakan lafaz salam sahaja adalah dibolehkan.Apatah lagi menggunakannya dalam sms.(Jimat space sms)Namun,andai ringkasan salam boleh digunakan dalam sms,bagaimana pula dengan “YM”,SKYPE dan sebagainya?Nak jimat space jugak ke..?Dalam keadaan ini,apa salahnya kita menggunakan lafaz salam yang penuh sekurang-kurangnya menunjukkan kita memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ucapan mulia ini.Allah berfirman dalam surah AL-Nisak:

"وإذا حييتم بتحية فحييو بأحسن منها أو ردوها"

Maksudnya:”Apabila kamu diberi hormat denga satu penghormatan,maka balaslah dengan ucapan yang baik atau lebih baik dari itu.”

Kalau ada pandangan dan penambahan untuk post ini,amat-amat digalakkan untuk berkongsi di sini.Mudah-mudahan allah menambahkan ilmu yang ada pada diri kita.ameen!!!

Tasyabbuh:Gejala dan Hukumnya

Tasyabbuh dari segi istilah fiqh membawa erti “penyerupaan”. Penyerupaan di sini lebih menjurus kepada masalah lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya yang dapat di nilai dari segi pemakaian,perhiasan,percakapan,gerak badan dan juga mengubah bentuk fizikal badan.Dari hari ke hari,masalah tasyabbuh ini semakin berkembang biak,tumbuh melata bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Dibimbangi masalah ini suatu masa nanti,akan bermaharajalela dan tidak lagi di anggap sebagai masalah yang besar tetapi dilihat sebagai budaya biasa dalam masyrakat kita.Umat Islam amatlah ditegah dalam hal bertasyabbuh ini kerana secara tidak langsung kita telah mengkut jejak langkah kaum Yahudi dan Nasrani laknatullah.Dalam masa yang sama gejala bertasyabbuh ini merupakan salah satu perkara yang amat dilaknat oleh Allah dan Rasulullah saw.

Saya ingin menyebut dengan ringkas beberapa perkara tasyabbuh yang semakin serius serta merebak dengan cepat dalam khidupan masyarakt hari ini.

1-Penyerupaan jantina kepada jantina yang lain.Pengharaman ini kita dapat melihat dengan jelas satu hadis yang dibawa oleh baginda saw:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المخنثين من الجال و المترجلات من النساء

Maksudnya: “Rasulullah melaknat golongan yang wanita yang menyerupai lelaki dan

golongan lelaki yang menyerupai wanita”.

Dalam riwayat yang lain disebut :

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال و المتشبهات من النساء

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang yang menyerupai wanita daripada kaum lelaki dan

orang yang menyerupai kaum wanita daripada kaum lelaki”.

Jelas pengharaman yang dibawa oleh baginda dalam hadis yang disebut.Namun masalah bertasyabbuh ini dilihat semakin hari semakin parah.Sebagai seorang mahasiswa,saban hari saya menyaksikan sahabat-sahabat di kampus secara terang-terangan dan tanpa perasaan segan silu telah membawa perwatakan yang jauh tersimpang daripada perwatakannya yang telah Allah tetapkan.Mereka sengaja menukar perwatakan jantina, semata-mata untuk mendapatkan kepuasan dan layanan nafsu yang tidak kenal erti kalah.Lebih menyedihkan apabila kebanyakkan mereka yang terlibat ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah di ungkap kalimah suci di telinga saat mereka dilahirkan.Namun angkara ilmu yang kurang,serta penghayatan yang tidak di amalkan dengan sebenarnya,pelayaran hidup mereka telah tersesat jauh.

2- Berkenaan dengan gejala tasyabbuh ini yang ingin saya ungkapkan, apabila teringat kalam mulia baginda Rasulullah saw:

لتتبعن سنن من كان قبلكم شبرا بشبر و ذراعا بذراع حتى لو دخلوا فى حجر ضب لدخلتموه

,قال اليهود او النصارى يا رسول الله؟قال:فمن.

Maksudnya:“Sudah pasti akan mengikut orang-orang yang selepas kamu,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta,sehinggakan kalau mereka memasuki ke dalam lubang dhob sekalipun,pasti mereka akan mengikutinya……….”

Persoalannya,sedar atau tidak,bahawasanya kehidupan kebanyakkan umat islam sekarang ini tidak lagi berpandukan kepada apa yang di ajarkan oleh Rasulullah,malahan mereka mengambil budaya kaum yahudi dan nasrani sebagai mahaguru dalam hidup mereka.Saya teringat sabda nabi:

وما أتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوه

Maksudnya:”Apa yang di bawa oleh Nabi,maka hendaklah kamu ambil,dan apa yang ditegah daripada kamu melakuknnya,maka tinggalkanlah”.

Saya melihat, remaja-remaja yang seusia dengan saya sekarang , gemar untuk mewarnakan serta mencorakkan rambut mereka.Mereka sudah tidak peduli akan halal dan haram perlakuan mereka ,perbuatan yang mencemarkan maruah keluarga serta perilaku yang mencalarkan imej negara.Kononnya apa yang mereka lakukan itu lah yang mengikut “trend” semasa, “up to date”,bersesuaian dengan zaman kini,sedangkan itulah budaya yang akan membawa kepada kehancuran dunia suatu masa nanti.Ingatlah sahabat-sahabatku, remaja sekalian ungkapan yang penuh hikmah:

شباب اليوم رجال الغد

“Remaja hari ini adalah pemimpin pada masa depan”.

Jika remaja yang ada pada masa kini sudah berkelakuan tidak seperti yang diharapkan,mana mungkin kita mampu untuk mewarisi keunggulan budi pekerti dan ketokohan para sahabat serta ulama-ulama suatu masa dahulu.

3-Tidak kurang juga,wanita-wanita gemarkan kepada dunia fesyen,dan "trend" rambut ala-ala artis eropah.Mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk memastikan kepala mereka dihiasi dengan rambut palsu yang di idamkan.Sedarlah wahai wanita-wanita sekalian,lihatlah sabda junjungan besar kita dalam hadisnya yang berbunyi:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواصلة والمتوصلة

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambutnya

dan minta untuk disambungkan”.

Menyambung rambut dalam hadis ini bermaksud menggunakan sesuatu yang bukan daripada rambutnya yang asal bertujuan untuk berhias di khalayak ramai.Tidak cukupkah dengan dosa tidak menutup kepala,ditambah pula dengan dosa dan laknat menggunakan rambut palsu.Mereka ini bagaikan meminta-minta untuk Allah taala turunkan azab mereka dengan balasan yang maha dasyat.Nauuzubillahiminzalik.

4-Kita juga pernah digemparkan dengan seorang pelakon wanita negara yang sanggup meletakkan hukum agama dibelakang dan berimamkan kepada hawa nafsu. Kekayaan dunia sementara yang dicari semata-mata dengan hanya mencukur kepala untuk mendapatkan populariti,dan mencari keuntungan duniawi.Apakah umat islam khususnya para wanita islam yang diharapakan untuk menggoncang dunia seperti srikandi sumaiyyah sudah hilang dalam abad modenisasi ini.Lantas Rasulullah tidak pernah lupa menginagtkan umatnya tentang larangan dan haramnya membotakkan kepala khusus kepada wanita:

نهى رسول الله أن تحلق المرأة رأسها

Maksudnya: “Rasulullah saw melarang perempuan daripada mencukur kepala mereka”

5-Lebih menyedihkan budaya menyimpan dan mewarnakan kuku. Budaya ini sudah tidak kira kecil atau besar,muda atau tua ada saja yang melakukannya.Perkara ini bukan sahaja tidak menepati cara hidup orang islam,malahan juga,berlawanan dengan hukum syariat islam.Kita boleh melihat hadis yang dibawa oleh baginda:

قصر الأظفار,فإن الشيطان يقعد على ما طال تحته

Maksudnya:”Potonglah kuku,kerana syaitan berada di bawah kuku yang panjang”.

Saranan daripada Rasulullah ini perlu di ambil perhatian kerana,kesan yang dapat kita perhatikan daripada pengaabaian ini adalah,berlakunya banyak kes-kes seperti keracunan dan histeria.Kedudukan kuku yang berkongsi tempat dengan jari-jari yang terdedah ,menyebabkan ia sangat mudah dihinggapi pelbagai kuman dan bakteria menyebabkan kita terdedah kepada masalah keracunan makanan.Manakala kerasukan,seperti yang sedia maklum,bahawa syaitan itu itu sendiri meresap masuk ke dalam jasad manusia melalui rongga-rongga yang terbuka seperti,hidung,mulut,telinga,kemaluan dan kuku.Oleh yang demikian,hikmahnya apabila kita bersin,menguap dan berhadas di anjurkan untuk berdoa.Apatah lagi bagi mereka yang gemar menyimpan kuku yang panjang pastinya menarik minat syaitan untuk bergayut dan berhibur disisi mereka.

6-Pemakaian remaja baik lelaki dan wanita,kebanyakkanya sudah tidak membawa dan menunjukkan syariat islam yang dipegang.Etika dan disiplin dalam pemakaian yang telah ditetapkan oleh Allah dalam surah al-Nur dan beberapa potongan hadis Rasulullah sudah tidak menjadi ikutan dan pegangan.Mereka lebih gemar berpakaian yang bergambar dan kata-kata yang tidak sopan.Yang lebih memalukan bilamana ada yang sanggup memakai pakaian yang berlainan dengan jantinanya sendiri.Orang yang sanggup melakukan perbuatanyang sedemikian,semamangnya layak untuk menerima kutukan daripada Allah taala.Sabda Rasulullah saw:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس ملبس النساء والنساء تلبس ملبس الرجل

Maksudnya: “Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian orang lelaki.”

Mereka tidak sedar,apa yang dipakai oleh mereka itu telah menonjolkan sikap mereka yang tidak berakhlak.Maruah yang sepatutunya dipelihara dengan sempurna,sudah menjadi bahan buangan.Imej yang mereka bawa bukan hanya cacat pada pandangan mata manusia,malahan juga buruk dan hina pada pandangan Allah.Kerana itu Rasulullah melarang sebarang bentuk gambar pada pakain yang boleh menggangu kekhusyukkan solat seseorang kepada Allah swt. Rasulullah pernah menegur perbuatan seorang sahabat yang mengenakan kain yang bercorak dan berlukis:

أخريه عني فإن تصاوره تعارضلي ف صلاتي

Maksudnya: “Jauhkan ia daripada pandanganku,kerana gambarnya menganggu

kekhusyukan dalam solatku”.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sebenarnya masih banyak perkara-perkara tasyabbuh yang perlu disebut.Tetapi cukuplah sedikit perkongsianyang saya selitkan pada kali ini.Apa yang kita dapat,mudah-mudahan dapat disampaikan kepada teman-teman yang lain.Ingatlah,kita umat Islam,tidak ada suatu pon yang harus kita contohi melainkan kepada Sunnah Rasulullah,para sahabat dan orang-orang yang mulia di sisi Allah swt.Kembali mengungkap pepatah syair arab:

فإن لم تكونو مثلهم فتشبهوا فإن التشبه بالكرام فلاح

Masudnya: “Andainya kamu tidak dapat menjadi seperti mereka,maka contohilah perilaku mereka,Sesunggunya denga mencontohi orang-orang yang mulia itu,nescaya memabwa kamu kepada kebahagiaan”.

Sunday, November 08, 2009

nilainya berteman.


Assalamualaikum…

Mana ada kehidupan seorang manusia,sejak mula hidup hinggalah ke penghujung hayatnya,tidak pernah dilukai dan melukai hati dan perasaan seseorang.Semua itu sudah menjadi asam garam dalam perjalanan kehidupan seorang manusia.Dalam hidup kita,saya yakin dan pasti akan timbul satu atau dua atau mungkin juga lebih perkara yang tidak menyenangkan hati kita.Apatah lagi bagi individu yang berada dalam organisasi dan persatuan tertentu,konflik dan masalah di kalangan ahli dan pemimpin sendiri, seringkali membuat kita berasa lemah dan longlai dalam perjuangan.Sedangkan kita perlu lebih cekal dan tabah.

Seringkali kita bertelagah,berbeza pendapat dengan sahabat kita,pernah juga timbul konflik yang tidak disangka-sangka hinggakan kita mengambil keputusan untuk membawa jauh diri kita daripada pandangan manusia.Sesungguhnya,konflik dan masalah itulah yang memjadikan diri kita lebih matang dalam mengenal erti "sukarnya" hidup. .Ketahuilah,Seerat mana hubungan persahabatan,sekuat mana jalinan kasih sayang yang kita semai,hatta bagai aur dan tebing sekalipun,kalau tidak dihiasi dengan sikap mengalah dan bermaafan,bersiap sedialah untuk hancur binasa.Cuba baca dan hayati daripada kisah di bawah.Satu “message” yang amat berguna untuk kita semua

“Sebuah kisah yang menceritakan dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorangnya telah menampar pipi sahabatnya. Sahabat yang ditampar tadi, berasa sakit hati, namun tanpa berkata-kata, dia lantas mengambil sebilah kayu seraya menulis di atas pasir; "HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU TELAH MENAMPAR PIPIKU".

Dua sahabat tadi meneruskan perjalanan mereka, sehnggalah mereka bertemu dengan sebatang sungai yang cantik .Suasana dan keadaan air yang sejuk menyebabkan mereka tertarik untuk berhenti dan menikmati suasana yang mendamaikan. Akhirnya mereka memutuskan untuk menghilangkan lelah perjalanan mereka dan bermandi manda situ. Sahabat yang pipinya ditampar dan hatinya terluka tadi, cuba untuk berenang di dalam arus sungai tadi, tetapi dia nyaris-nyaris kehilangan nyawanya.Namun umurnya masih panjang,dia diselamatkan oleh sahabatnya karibnya. Ketika dia mulai sedar dan perasaan takutnya mulai hilang, dia mencari sebilah kayu dan mengukir di sebuah batu; "HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU".

Sahabatnya yang telah menampar pipi dan menyelamatkannya dari sungai tadi segera bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hati engkau, engkau hanya menulisnya di atas pasir, dan sekarang sekarang engkau mengukir di atas batu pula?" Sahabatnya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat telah melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan itu datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan bila sahabat kita telah melakukan sesuatu yang menggembirakan hati kita , kita harus memahatnya di atas batu,agar ia tidak hilang ditiup angin."

ceria & mesranya family Permadah.(saya keciciran.he3)

Sahabat-sahabat sekalian,andai hari ini kita bersahabat bersiap sedialah untuk berkorban demi sahabat kita ,tapi,andai esok kita bermusuhan dengan sahabat kita bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan yang kita bina.Mengalahnya kita bukan beerti kalah.Saya lebih gemar untuk membawa satu hadis yang sepatutnya kita jadikan sebagai pedoman dalam kita menajlinkan persahabatan.

حق المسلم على المسلم ست :إذا لقيته فسلم عليه,وإذا دعاك فأجبه ,وإذا ستنصحك فاصح له,وإذا عطس فحمدالله فشمته,وإذا مرض فعده ,وإذا مات فاتبعه

Maksudnya:Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain,ada 6 perkara:Jika anda menemuinya,berilah salam kepadanya,jika dia mengundangmu,penuhilah undangannya,jika dia meminta nasihat darimu,berilah nasihat kepadanya,jika dia bersin ucapkan “alhamdulillah” padanya,jika dia sakit,ziarahilah dia,dan jika dia meninggal,maka segeralah mengunjunginya.


Saya yakin andai 6 perkara yang dipesan oleh baginda ini benar-benar kita hayati dan amalkan,insyallah jalinan kemesraan antara kita dan sahabat-sahabat akan bertambah mesranya bahkan bertambah juga sahabat baru di samping kita.Akhirnya,sama-sama kita muhasabah pada diri kita,,dimana letaknya nilai seorang sahabat disisi kita.Dedikasi untuk semua teman-temanku,ampun dan maaf sepanjang kita bersahabat.Memang ada kekasaran yang sengaja dan tidak.Mudah-mudahan,hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.







Wednesday, November 04, 2009

Salam Imtihan..

Sama-sama doakan kejayaan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi....

Putaran nostalgia

Kenangan bergelar seorang pelajar sekolah memang sukar untuk dilupakan....Apatah lagi bila masuk je ke alam menengah,dengan drastiknya kena tinggal di asrama.Macam-macam perasaan dalam hati ini.Tak boleh nak cita lebih-lebih la kan..Hanya orang yang pernah tinggal di asrama,mereka merasai pengalaman pahit maniss bergelar pelajar asrama.Namun semua tu sudah menjadi satu lipatan sejarah yang akan saya simpan erat-erat dalam hidup.Nanti nak cita kat anak-anak plak.(klu pnjg umor,ada jodoh & ada rezeki)
Siang malam silih berganti,bulan dan tahun-tahun yang berlalu meninggalkan pengalaman dan pengajaran yang amat berguna.Sekarang Alhamdulillah,sudah bergelar seorang mahasiswa Universiti Malaya.Bakal menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.Insyallah setahun lagi bakal bergelar graduan plak.Yang tinggal lagi,sejauh mana kita mampu untuk berhadapan dengan kehidupan bermasyarakat yang penuh ragam,mampukah kita untuk membimbing dan menyampaikan sekelumit ilmu yang ada untuk berkongsi dengan mereka.Disinilah letaknya nilai dan martabatnya seorang pengembara ilmu yang mampu untuk bermanfaat kepada manusia di sekelilingnya.Teringat pesan Nabi kita:

خير النلس أنفعهم للناس
Maksudnya:Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mampu memberi kemanfaatan kepada orang lain.

Tak guna juga bila ijazah hanya sekadar menjadi perhiasan di dinding tanpa kita sendiri tidak mampu memberi jasa dan sumbangan kepada orang lain.Bukankah Rasulullah pernah sekali memperingatkan kita denga satu hadis yang lain:

من سئل عن علم فكتمه ألجمه الله يوم القيامة بلجام من النار

Maksudnya:"Barangsiapa yang di minta akan suatu ilmu,lalu dia menyembunyikannya daripada orang lain,nescaya akan dikekang mulutnya pada hari kiamat denga kekangan azab api neraka"


Berbalik kepada nostalgia persekolahan dulu,bila lihat balik gmbar-gambar masa muda2 dl,rs mcm best ja..Nak kata aktif tu,tak la sgt..Besa ja...Tapi byk la jgk aktiviti dan pengalman yang sempat join time tu...Teringat kawan-kawan yang sekarang masing-masing dah membawa haluan sendiri.Ada yang masih boleh bercontact....tp bnyknya yang dah pon hilang contact. .
Kalau jumpa pon,saya yakin mesti banyak perbezaan dari dulu.Kalau dulu,masing-masing semua jambu je..ha3...sekarang...misai dan janggut dah penuh kat muka.Pengalaman dalam pengakap kump 23,budak asrama,Badan Dakwah dan Kebajikan,Usrah dll memang sentiasa terpahat.

geng pengakap raja 05..xpdc gunung jerai..

Rindu usrah al-qiyadah...Masing-masing sekarang dah menuntut kat tempat yang berbeza,bidang pengajian yang pelbagai. Syahir,pak yeh,Aiman,Farhan,Firdaus,Afif,Hafiz,Iqbal & Akram.Dan naqib kami ngaji paling jauh...Hadaramaut,Yaman,Moga semoga berjaya menjadi insan yang bermanfaat untuk agama dan masyarkat satu hari nanti.

kenangan usrah al-qiyadah 05

Reunion usrah 07



Semua ni hanayalah tidak lebih sekadar sedikit perkongsian.Mudah-mudahan kalian semua beroleh kejayaan dan kesenangan dalam kehidupan sepeti yang diinginkan.Dengan syarat setiap perkara yang kita inginkan baik perkara duniawi mahupon akhirat,semuanya hendaklah di sertai dengan ilmu.Seperti mana Imam Syafie rahimahullah berkata:

من أراد الدنيا فعليه بالعام,ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم,ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya:Barangsiapa yang hendakkan perkara-perkara dunia,maka dia perlu ada ilmu,barangsiapa yang hendakkan perkara-perkara akhirat,juga kepadanya perlu ada ilmu,dan barangsiapa yang hendakkan kedua-duanya,maka ilmu jugalah yang perlu ada pada dirinya.



Tuesday, November 03, 2009

Muhibbah

Assalamualaikum w.b.r.

Salam pertemuan buat semua yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.Pertamanya saya sendiri tidak pasti mengapa saya harus berblog. Mungkin terlalu asyik membaca blog rakan-rakan di sekeliling hinggakan Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencuba dalam bidang yang baru ini.
Teringat akan satu sabda Rasulullah s.a.w:


كل أمر لا يبدأ ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع

Maksudnya:"Setiap perkara yang tidak kamu mulakan pekerjaanmu dengan menyebut Bismillahirahmanirrahim,amalan itu sebenarnya terputus."

Lantaran itu wahai sahabat-sahabat sekalian, janganlah sesekali kita melupakan kalimah agung ini walau macam mana sekalipun.Kerana hikmahnya,sekiranya setiap perbuatan dan amalan yang ingin kita laksanakan diiringi dengan bismillah Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan yang akan kita laksanakan. Bukankah kalimah itu juga merupakan suatu doa kepada kita. Dan Rasulullah sekali lagi pernah bersabda :


الدعاء سلاح المؤمن
Maksudnya: Doa itu senjata orang-orang yang beriman.



Jangan pelik kalau pernah kerja-kerja yang kita pernah buat tetapi kita tidak merasakan kenikmatan dan kadang kala tidak bersemangat untuk meneruskan pekerjaan tersebut sekalipun dalam hal-hal ibadah. Kenapa?


Kembali kita renungkan sabda Rasulullah tadi. Kerana itu, jangan kita memandang enteng akan sesuatu perkara walaupun Islam itu memang mudah, tetapi kita tidak boleh memandang mudah tentang Islam. Apa sahaja yang dituturkan oleh baginda pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita semua. Allah telah berfirman bahawa:

وما ينطق عن الهوى, إن هو إلا وحي يوحى

Maksudnya : Apa sahaja yang didambakan olehnya (Rasulullah) bukanlah menurut hawa nafsu semata-mata,melainkan segalanya daripada wahyu Allah swt.


Doakan juga mudah-mudahan saya juga sentiasa berada dalam keadaan yang istiqomah untuk setiap perkara yang diceburi. Insya Allah.

Salam Mahabbah!!!