Monday, June 14, 2010

Jatuh hati di Matruh....

Bandaraya Kaherah yang mempunyai keluasan hampir menyamai keluasan semenanjung Malaysia. Di tambah dengan kepadatan penduduknya menyebabkan Bandaraya Kaherah sentiasa tampak padat dan sesak. Apatah lagi sekarang ini, baru sahaja bermula perubahan kepada musim soifi,selalu juga hidung terasa sukar untuk bernafas. Mungkin kerana teriknya cuaca panas di sini bercampur habuk-habuk kepulan asap kenderaan dan pepasir yang berterbangan bermaharajalela di udara.

Tapi itu semua cerita di Muhafazah Kaherah. Kita akan terasa kelainannya bila berada di Muhafazah yang lain. Hari Khamis dan Jumaat yang lepas, kami berkesempatan ke Matruh dan Siwah.Perjalanan dari Kaherah ke Matruh melebihi 500 km dan mengambil masa hampir 6 jam. Manakala daripada Matruh ke Siwah pula lebih kurang 300 km. Kalau dicampurkan kedua-dua jarak perjalanan ini,melebihi jauhnya jarak dari Perlis ke Johor Bahru.

Jalanraya di Mesir tidaklah secantik dan sehebat lebuhraya kita di Malaysia.Setiap 70 km,kerajaan menyediakan RnR. Tapi di Mesir,setelah hampir 300 km barulah ada tempat untuk berhenti rehat dan makan.Kiri dan kanan sepanjang perjalanan kami di isi dengan padang pasir yang terbentang luas.Sesekali ternampak kelibat sekumpulan unta liar di kawasan padang pasir.

Hmmm....apa yang menarik di Matruh???

bahr al-ajibah

pesisir pantai bahr ajibah


melawat hamam cleopatara

Bahr al-ajibah adalah antara laut yang tercantik di dunia. Terletak di pesisiran laut mediteranean. Dalam bahasa melayu maksudnya laut yang ajaib. Dinamakan begitu kerana lautnya yang mempunyai beberapa sempadan warna kebiruan.Memang sangat memukau sesiapa yang melawat ke laut Ajibah.Tambahan pula,di sini kita boleh melihat 7 warna pelangi dengan jelas setiap petang di hujung laut.

Dibawa juga melawat ke hamam Cleopatra, iatu tempat Cleopatra bermandi-mandian suatu ketika dahulu.Suasana hamamnya yang terletak di pesisiran pantai dengan hembusan angin laut,memukau perasaan kami di sini.Inilah petanda kebesaran Allah taala, menciptakan laut dan darat untuk kesenangan dan kebahagiaan hambanya.


hamam Cleopatra di pesisir pantai

Di Siwah kami hanya sempat melawat ke Kota lama Siwah.Menariknya tinggalan bagunan di sini, di buat daripada campuran tanah dan telur lalu di jadikan bangunan. Namun sekarang hanyalah tinggalan kesan daripada runtuhan kota ketika zaman pemerintahan Kerajan Rom dahulu.Sebenarnya penduduk Siwah suatu ketika dahulu adalah penduduk yang menyembah matahari. Namun setelah Islam datang, penduduk Siwah ini berpegang dengan teguh dengan Islam hinggalah hari ini. Dan mereka menggunakan arab azamikhiyyah sebagai bahasa harian mereka.Sebab itu, hingga sekarang loghat arab mereka agak berlaianan dan sukar untuk di fahami.


kota lama siwah

Dan tengok ni......kurma coklat dan kurma badam.Buah tangan dari Matruh untuk orang Kedah...sedap!!!!

p/s : dah jatuh hati di mesir..............nak balik x mau







Wednesday, June 02, 2010

oohh Kaherah..



semangat hari pertama samapai...ha2

Segala-galanya kami rafaakan sembah dan syukur kepada Allah swt,akhirnya kami selamat sampai di bumi Mesir.Walaupun badan masih diselubungi dengan keletihan dek 10 jam perjalanan tanpa henti ke Kaherah,semangat yang berkobar-kobar untuk berpijak dan melihat bumi Mesir ini terus menyuburkan rasa gembira yang tidak terhingga.
Selama sebulan disini9 lelaki dan 21 perempuan,kami menginap di Asrama Melayu Abasiyyah (ARMA).Saban hari berulang alik ke Universit Ain Shams,"Fakulti Tarbiyyah".Kuliyyah bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari setiap hari Sabtu hingga Rabu.Manakala cuti kami pada hari Khamis dan Jumaat diisi dengan Jualah dan ziarah sekitar Kota Kaherah dan tempat-tempat yang menarik.Hampir seminngu di sini,kami di bawa menziarahi beberapa tempat yang sering menjadi tarikan pelancong-pelancong ke sini.

mesyuarat bersama Pengarah DMS,Prof.Madya.Dr Hassan Basri

Arama Abbasiyyah


Walaupon baru kali pertama berada di bumi Mesir ni,tapi rasa macam dah sebati dan selesa dengan keadaan dan suasana di sini.Banyak pengalaman-pengalaman baru yang mungkin kita tak dapat di Malaysia.Lagi terharu bila Di izinkan oleh Allah untuk menziarahi makam-makam auliya di sekitar Mesir.Apabila melihat tempat-tempat yang bersejarah seperti Piramid,Sungai Nil dan Jabal Sinai,terkenangkan peringatan-peringatan yang Allah peringatkankepada kaum terdahulu.Dan kita sekarang,menziarahi dan patut mengambil iktibar pengajaran.





makam Imam Syafie
makam Saidina Hussein

solat jumaat di masjid 4 mazhab
atas piramid
kuliyah asar di Masjid al-Azhar bersama mufti Mesir,Syeikh Ali Jumaah
peserta-peserta daurah

atas kapal layar sungai nil.

Banyak lagi tempat-tempat yang kami ziarah.Tapi tak sempat nak upload semua kotSebab masa sangat suntuk.Tambahan pula sekarang ni tengah masuk musim panas.Insyallah lepas ni,ada lagi beberapa tempat yang akan kami ziarahi dalam masa terdekat ni.Doakan keselamatan dan kesejateraan kami di sini.