Sunday, January 09, 2011

3 nikmat yang mesti dapat


Apabila terbaca hadis ini, lama saya memerhati bait-bait perkataan dan maksud daripada hadis ini. Ada betulnya dengan kita pada hari ini. Jelas kita agak sukar untuk menjalani kehidupan sekiranya tidak punya salah satu nikmat sementara yang di sebutkan baginda.

1-Kenderaan yang selesa.

Hari ini, bagi yang tidak punya kenderaan agak sukar untuk bergerak ke sana sini. Sukar nak mencari pekerjaan dan nafkah hidup. Paling tidak pon, motorsikal menjadi pilihan untuk memudahkan pergerakan harian.

Bagi saya, walaupun masih sangat-sangat tidak mampu untuk memiliki sebuah kereta, ditambah tidak lagi menjadi keperluan buat masa sekarang, cukuplah ditemani motorsikal pendamping setia sedang hidup berkelana ni.

Ada dua buah motorsikal untuk berulang alik ke kampus. Pernah juga sampai ke Johor bahru dan balik kampung naik motorsikal. Alhamdulillah selamat !!!!!!!!!
KCJ 7204 dan KU 9297

2-Rumah yang luas.

Syukur bagi yang sudah mampu memiliki sebuah rumah walaupon hasil pinjaman bank. Sekurang-kurangnya anda sudah memiliki salah satu nikmat penting dalam hidup walaupon ianya tidak boleh di bawa ke akhirat. Rumah tempat kita berlindung.



Nikmat yang kedua ini, masih jauh dan tidak tergapai-gapai. Insyaallah beberapa tahun yang akan datang kalau ada rezeki bergolek dan mencurah-curah dari Allah, saya akan sediakan juga sebuah rumah yang selesa walaupon tidak sebesar istana Sulaiman.

3- Isteri yang solehah.

Ini yang susah sikit. Bukan pupus, tapi susah dapat. Tidak perlu rumah sebesar istana asal selesa. Tak perlu juga kereta berjuta-juta asalkan berguna. Isteri tidak perlu juga yang terlalu bergaya, janji taat pada agama dan pandai menjaga rumah tangga.

Nabi bersabda :


Kesimpulan pada diri sendiri, saya baru dapat satu daripada 3 nikmat dunia ini. Lagi dua nikmat kena tunggu 5,6 tahun lagi kot. well!!!...aha...no komen.

Saturday, January 08, 2011

Alhamdulillah...

Manusia di sifatkan Allah swt, seringkali mengingatinya apabila mereka di timpa musibah dalam hidup. Tidak cukup dalam keadaan berdiri, mereka terus berdoa dalam keadaan duduk dan berbaring semata-mata untuk menghilangkan kemudharatan yang ditimpakan kepada mereka.

Namun, apabila Allah menghilangkan musibah kepada mereka, mereka melupakan Allah seolah-olah tidak pernah menadah tangan mengharapakan Allah menghilangkan musibah kepada mereka.

Sifat orang mukmin, sentiasa memuji, bersyukur dan mengingati Allah walaupun dalam apa keadaan. Mencontohi pekerti para nabi Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan.

Nabi Allah Nuh diselamatkan daripada banjir besar.

Nabi Allah Ibrahim dikurniakan anak Nabi Ismail dan Ishaq a.s.

Nabi Allah Daud dan Sulaiman yang diberikan kelebihan ilmu daripada yang lain.


Doa ahli syurga.