Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wr..

Kedatangan hari guru kali ini di sambut dalam keadaan yang berbeza. Jika dulu, saban tahun sebagai pelajar aku meraikannya untuk guru-guru di sekolah.

Beberapa hari sebelum kedatangannya, sudah memikirkan hadiah apa yang sesuai diberikan kepada guru tersayang. Andai nak di ikutkan hati, kepada semua guru nak diberikan, tapi harus memilih satu dalam seribu. Mana yang paling terbaik untuk di beri !!


16 Mei kali ini disambut sebagai hari pertama bergelar guru. Kali pertama menjadi guru. Walaupon masih tempoh percubaan, tapi tetap guru kan...

Selamat Hari Guru 2011.

Hati kita milik ALLAH


Hati terasa sedih saat menanggung derita
namun terkadang kesengsaraan bagiku
ada hikmahnya

Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
namun berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan

Aku tidak merasa berat
dengan kesusahan yang menimpaku
kerana aku yakin
akan ada jalan keluar di balik kesusahan


p/s : 16 Mei 2011 hari pertama sebagai pendidik di SMAP Labu