Wednesday, August 24, 2011

Update : Hari Raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah dan Sarawak.

Semalam saya menerima email daripada seorang ustaz berkenaan kedudukan anak bulan syawal tahun ini. Kebiasaannya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi, maka riuh rendahlah umat Islam kerana tidak mengerti.... Ada yang berkata : "Raya pun umat Islam tak boleh bersatu".

Lebih mengejutkan, pada tahun ni 1432 H Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri.

Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah dan Sarawak.


Kedudukan anak bulan di Alor Setar

Kedudukan anak bulan di Kota Kinabalu

Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa). Manakala di Brunei, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan menyambut pada 31/8/2011(Rabu) termasuk Pulau Tioman.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti huraian yang dibuat oleh Ahli Falak Syarie, Ustaz Tuan Hj Mohd Fauzi Tahir, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Serai menerusi animasi mengikut kiraan ilmu Falak (Astronomi) di bawah.





"Habis belajar, boleh kahwen eh"


Dua tiga bulan sebelum saya habis belajar dulu, mak pernah tanya. " Habis belajar bila ?konvo bulan berapa ?"

Saya terus jawab - " Insyaallah bulan 5 nanti habis, lepas tu kena sambung latihan mengajar 3 bulan di Sekolah Menengah, barulah konovokesyen sekitar bulan 10." (Sekarang masih fatrah menganggur setelah habis latihan mengajar di SMAP Labu)

"Lepas konvo boleh kahwin eh ? "- saya tanya balik.

Tanpa berlenggah terus mak reply, " Nak makan pucuk kayu dengan batu ka......bla...bla...bla...faham?! Itu penamatnya. Dah dapat satu syarahan spontan petang tu.

Sebenarnya isu boleh kahwin atau tidak bukanlah serius sangat. Entah macam mana boleh terkeluar petang tu. Sengaja nak test jawapan daripada mak sambil-sambil bergurau waktu petang, mencicah buah pelam masam belakang rumah.

Bagi saya, tak perlu kahwin awal-awal. Umur pon baru nak masuk 23 tahun. Selagi ekonomi untuk mendirikan rumah tangga belum terjamin dan cukup matang. Saya sendiri masih tertunggu-tungu surat interview dari KPM. Mudah cakap, saya akan tak akan berkahwin sebelum berkerja.

Lagi pula, kakak saya masih free hingga sekarang. Nak belajar lagi katanya. Tak manis pulak kalau melangkah bendul walaupun perkara ini tidak menyalahi syariat dan adat. Bukankah yang tua itu perlu dihoramati. Biarlah yang muda menyusul kemudian.

Dengan masa depan kerjaya dan emosi yang masih belum cukup kukuh dan matang, belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Segala-galanya saya sandarkan kepada Allah. Masih bayak lagi perancangan yang perlu direalisasikan.

Habis belajar, cari kerja, lepas tu baru fikir urusan yang lain.

Jodoh - tak akan lari ke mana andai itu taqdir dan ketentuanNYA.

"Ops Sikap" akhir Ramadhan


RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
  • Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
  • Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
  • Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa
  • Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Pesanan Ketua Penerangan Pas Pusat

Tuesday, August 23, 2011

Orang Kafir dah ada surau sendiri

Sama ada pembaca berita tv3 tersalah sebut atau memang betul-betul wujud surau yang di beri nama surau "al-musyirikin"(orang-orang kafir).

Isu yang berkaitan penyebaran dakyah agama kristian, berlaku di sebuah pusat tuisyen dan di adakan di surau "al-musyrikin". Kalau benar wujudnya yang disebut itu, maka wujudnya surau ini seperti wujudnya Masjid Dhirar pada zaman Rasulullah.

Sejarah Masjid Dhirar dibina oleh puak munafiq di Madinah dan mereka minta supaya Rasulullah dan sahabat menunaikan solat dan berdoa di dalamnya. Maka munafiqin akan menggunakkan hujah ini bahawa Rasulullah sendiri telah mengakui masjid yang mereka bina. Kemudian Allah turunkan wahyu dalam surah al-Taubah ayat 107 :

“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”

Tapi kalau betul ada surau al-musyrikin sekarang ni, maksudnya dah semakin jelas tanda-tanda orang kafir cuba nak hancur dan lenyapkan islam di Malaysia.

Bagi saya tidak logik kalau orang islam sendiri yang berikan nama "al-musyrikin" kepada surau qaryah sendiri atau surau itu memang dibina atas agenda dan kepentingan orang kafir negara kita sendiri kemudian sebarkan dakyah mereka di situ !!!


Sunday, August 21, 2011

Kewajipan dan Tanggungjawab

"Ustaz..... kuliah subuh hari Jumaat ni giliran Ustaz Latif. Tapi mungkin dia tak dapat datang sebab ada hal lain. Jadi minta Ustaz lah yang ganti Ustaz Latif nanti ya." Pinta Cikgu Non setiausaha masjid kampung sayaselepas solat subuh berjemaah di masjid.

" Ermmm, ok..Insyallah." Saya membalas ringkas.

"Lepas tu, malam 28 Ramdhan ni, minta ustaz sekali lagi jadi imam tarawih sambung dengan tazkirah Ramadhan, sebab imam yang kita jemput tu pun ada masalah juga.Tak dapat datang".

Saya hanya tersenyum. Mengangguk tidak, geleng pun tidak. Sambil membelek note dalam kalendar handphone. Rupanya masih ada 2,3 kuliah untuk minggu ini tidak termasuk kuliah "bidan terjun"

Sebenarnya segan rasa nak bertazkirah di masjid. Apatah lagi kalau kena jadi "bidan terjun" untuk kuliah-kuliah yang penceramahnya tak datang. Tapi berat lagi nak menolak bila sesekali diminta begitu. Sebab itu antara harapan dan kepercayaan orang kepada kita.


Ustaz Muda
Sejak menamatkan latihan mengajar baru ini, menamatkan juga pengajian sarjana muda pengajian islam gelaran ustaz makin serasi. Baik di kampung atau di sekolah, gelaran itu yang di terima. Tapi, serius saya masih segan, malu dan kekok dengan panggilan itu. Tidak sepadan dengan taraf ilmu yang dimiliki, berbanding dengan ustaz-ustaz lain yang lebih relevan untuk digelar demikian. Saya bukanlah graduan dari timur tengah atau mana-mana jamiaah negara arab yang sangat hebat pengetahuan mereka dalam bidang agama. Dhaif dan Faqir mungkin untuk saya.


Kewajipan dan Tanggungjawab
Ini ancaman Allah melalui hadis Nabi :

Barangsiapa yang diminta menyampaikan ilmu, tetapi dia menyembunyikannya, Allah akan mengekang mulutnya dengan kekangan azab api neraka.

Memberi Tazkirah Ramadhan ini bukan pertama kali. Tapi kali pertama di masjid kampung sendiri sejak bergelar "ustaz menganggur". Dari sekolah menengah lagi pengalaman dipaksa untuk berucap di hadapan pelajar menjadi bekalan masa sekarang. Menyambung pengajian di Universiti Malaya, ada juga beberapa kali memenuhi undangan memenuhkan jadual kuliah dan tazkirah di kolej-kolej kediaman dan surau sekitar Lembah Klang.

Biarpun ilmu tidak seberapa, tapi antara kewajipan dan tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu sesama muslim.

"Sampaikan dariku walau satu ayat " itu pesanan Nabi kita yang perlu dipegang.

"-Wahai Tuhan, manfaatkanlah kami terhadap apa yang telah kami pelajari, dan berilah ilmu akan apa yang memnfaatkan diri kami -"

Majlis Keluarga

Ini cerita Majlis Keluarga sempena Ramadhan. Walaupon tak ramai yang dapat pulang untuk solat tarawih dan khatam quran sama-sama kat kampung, tapi alhamdulillah majlis berjalan seperti biasa.

Mula dengan solat isyak berjemaah, solat tarawih, dan tadarus al-quran adik beradik dan moreh. Specialnya tahun ni, jiran-jiran kampung pun ada jugak yang datang bertarawih dan tadarus sama-sama.


Nak menghidupkan lagisuasana puasa dan "aidilfitri" di kampung, petang tu saya "pacak-pacakan" pelita keliling halaman rumah. Adik-adik sepupu dan anak- anak saudara yang masih kecil ni riuh lari-lari sambil cucuh api pelita. Teruja tengok halaman bercahaya dengan api pelita. Baru meriah suasana malam ramadhan. Rasanya dah bertahun-tahun pelita tak pasang sebab tak da "sukarelawan" nak buat. 4 tahun puasa kat KL. Tahun ni "sukarelawan" dah balik raya awal kat kampung.

Esoknya, ifthor sama-sama kat rumah pak su dan "supper" makan-makan half cook !!!

Thursday, August 18, 2011

Memburu Lailah al-Qadr


Petua mencari Malam Lailatul Qadar
(Petikan daripada Kitab Jauhar Al-Mauhub -Muka Surat 66 & 67 )
Assalammu'alaikum wbt.
Tidak rugi jika kita bersungguh-sungguh mengambil kesempatan hanya pada dua malam ini. Beramalah dan berdoalah dengan doa yang baik-baik. Insya'Allah sangat mustajab. Bagaimanapun yang terbaik beramal bersungguh-sungguh setiap malam Ramadan. Petua ini hanya untuk kita lebihkan sedikit malam tersebut.
Doa yang paling utama ialah kita bermohon Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita, dosa-dosa ibu-bapa, ibu-bapa mertua, isteri/suami dan anak-anak, seluruh ahli keluarga dan semua guru-guru kita yang muslim.
Kalau berdoa dengan hajat yang harus (bukan wajib) jangan lupa menyebut :

"Ya Allah kalau hajat aku ini memberikan kebaikan kepada aku dan ahli keluargaku untuk jangkamasa pendek dan panjang, dunia dan akhirat kami, maka makbulkanlah. Jika memudaratkan maka janganlah dimakbulkan".

Contoh hajat yang harus (tidak wajib) seperti hendak membeli kereta baru, meluaskan perniagaan, membeli saham, mendapatkan tender, membeli rumah baru dan sebagainya.

Kalau hajat yang wajib tidak perlu ditambah doa di atas. Contoh hajat yang wajib seperti diberikan rezeki menunaikan haji, melangsaikan hutang, kesembuhan penyakit kronik, mendapat jodoh dan sebagainya.

Awal Ramadan tahun ini (1 Ramadan 1432H) jatuh pada hari Isnin (1-Ogos-2011) maka mengikut;
1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – malam Lailatul Qadar insya'Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Ahad, 28-Ogos-2011 malam Isnin)
2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - malam Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-21 (hari Sabtu, 20-Ogos-2011 malam Ahad)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas :

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.
Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebanyakan Ahli al-‘Ilmi.
Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)
Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar


Wallahu'alam

Wednesday, August 17, 2011

Himpunan Ramadhan 1432



Salam Alaik....

Jemputan untuk semua generasi Man Teh, anak, menantu, cucu dan cicit untuk hadir ke Majlis Khatam al-quran.


Tarikh : 19 -20 Ogos 2011
Tempat : Kampung kita lerr

Mudah-mudahan Allah melimpahkan keberkatan kepada di bulan Ramadhan yang mulia ini.