Wednesday, October 26, 2011

Cerita saya di Kuala Lumpur

Masa saya mula-mula isi borang nak belajar di Darussyifa, ada satu soalan yang ditanya.

" Apakah tujuan anda belajar di Darusyyifa ? "

Saya jawab sebab nak tolong keluarga dan masyarakat sekitar kita. Alhamdulillah, setahun saya berguru di sana, akhirnya dapatlah ijazah dari Tuan Guru HD. Lepas tamat , saya masih lagi berulang dari KL ke Bangi tiap-tiap minggu selama 4 tahun semata-mata nak lihat wajah Tuan Guru.

Selalu orang tanya, " dah dapat ijazah, tapi awat dok p lagi kat Darussyifa tiap-tiap minggu ?"

"Sebab sekarang saya nak ambik keberkatan Tuan Guru lepas dapat ilmu dari dia. "

Satu-satunya kenderaan yang saya ada waktu tu, motor RC 80 yang memang dah nampak usang dan buruk. Usia dia lebih kurang seusia saya. Kami meredah malam2 di Kuala Lumpur, mencelah di tepi2 kereta mewah milik orang kaya. Macam langit dan bumi beza.

Selalu jugak, kena hujan kat tengah2 lebuhraya. Lagi teruk, tengah-tengah hujan lebat, motor pulak tiba-tiba mati. Alahai, sejuuuk....sudah jatuh di timpa tangga. Manusia mana yang sanggup nak berhenti & tolong kita tengah2 hujan lebat macam tu. Jubah putih, kopiah, kain pelikat basah lencun !! Susah senang sorang-sorang.

Sambil memujuk hati, sebenarnya nak mencari keberkatan ilmu lebih susah dari mencari ilmunya. Kerana hanya yang berkat akan kekal dan bersama dengan kita selamanya.

Tuesday, October 25, 2011

Jom Cuti

Bila dah bekerja baru terasa nikmatnya Malaysia ada pelbagai kaum dan perayaan. Jarang-jarang ada negara yang banyak cuti umum macam negara kita. Setiap perayaan mesti ada cuti. Tambah nikmat lagi kalau cuti umum jatuh hari bekerja. Baru terasa istilah rehat yang sebenar.

Cuti Deepavali & Ucapan
Selamat menyambut Hari Deepavali untuk kaum india. Dan yang lain, selamat bercuti.

Tapi bolehkah kita berikan ucapan perayaan untuk agama lain dalam masa yang sama agama lain biasanya mengucapkan selamat hari raya kepada umat islam.Ringkasnya :

Harus : Ucapan yang tidak ada rasa redha kepada agama lain tetapi sekadar kemesraaan.

" Semoga awak sihat sejahtera, sentiasa gembira, bahagia, ceria dll."

Haram : Ada unsur redha kepada agama lain.

" Semoga awak bertambah mulia sempena Deepavali "

Apa pun, yang baik, kalau ucapan tahniah sambil mendoakan agar mereka mendapat hidayah.

2 Nikmat yang selalu lupa
Sabda Rasulullah saw : "Dua nikmat yang banyak manusia lalai dan alpa ( lupa kepada Allah ): nikmat sihat tubuh badan dan nikmat masa lapang ."


Sunday, October 23, 2011

Dah sampai seru

Selamat mengerjakan ibadah Haji. Musim haji kali ini, Tam dan Pak tam antara yang dipilih Allah untuk menyempurnakan rukun islam yang terakhir. Semoga amalan di sana diterima dan pulang dengan haji yang mabrur.

Friday, October 14, 2011

Caiyyok !!!

Selepas 5 tahun, kembali semula ke Sekolah. Bezanya kali ini pulang sebagai guru. Walaupun tidak kekal atau berjawatan tetap di situ, namun tanggungjawab masih sama.

Saya meningalkan MMAS selepas STAM 2006, dan sekarang kembali dengan Ijazah Pendidikan.

Buat masa sekarang, hanya mengajar pelajar pelajar puteri sj. Madah nusus, mutholaah dan insyak utk ting. 4. Bengkel Bahasa Arab Tinggi untuk SPM dan Balaghah untuk STAM. Semuanya kelas exam.

Gara-gara kena mengajar silibus al-azhar, habis kitab-kitab zaman sekolah dulu saya baca semula. Alhamdulilllah, ilmu yang sudah lama ditinggalkan bertahun-tahun dulu, masih Allah pasak di hati. Terima kasih Ya Allah.

Sekarang, tinggal bengkel BAT untuk SPM sj. SMRAMM & STAM tengah berjalan. Walaupun tempoh sampai hujung tahun ini sj, tapi bukan main gabra lagi tengok anak murid masuk dewan exam.

Sempat memberi tasyji'e dalam kelas tambahan Sabtu lepas. Sama-sama mengaminkan doa minta Allah permudahkan urusan peperiksaan. Mudah-mudahan menjadi dorongan dan semangat untuk "kamu"semua berjaya. Amin !!!

Friday, October 07, 2011

Istiadat 2011

Alhamdulillah...selesai istiadat konvokesyen 2011. Terima kasih guru-guru yang telah mengajar dari tadika hingga Universiti Malaya !!!