Tuesday, November 03, 2009

Muhibbah

Assalamualaikum w.b.r.

Salam pertemuan buat semua yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.Pertamanya saya sendiri tidak pasti mengapa saya harus berblog. Mungkin terlalu asyik membaca blog rakan-rakan di sekeliling hinggakan Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencuba dalam bidang yang baru ini.
Teringat akan satu sabda Rasulullah s.a.w:


كل أمر لا يبدأ ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع

Maksudnya:"Setiap perkara yang tidak kamu mulakan pekerjaanmu dengan menyebut Bismillahirahmanirrahim,amalan itu sebenarnya terputus."

Lantaran itu wahai sahabat-sahabat sekalian, janganlah sesekali kita melupakan kalimah agung ini walau macam mana sekalipun.Kerana hikmahnya,sekiranya setiap perbuatan dan amalan yang ingin kita laksanakan diiringi dengan bismillah Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan yang akan kita laksanakan. Bukankah kalimah itu juga merupakan suatu doa kepada kita. Dan Rasulullah sekali lagi pernah bersabda :


الدعاء سلاح المؤمن
Maksudnya: Doa itu senjata orang-orang yang beriman.



Jangan pelik kalau pernah kerja-kerja yang kita pernah buat tetapi kita tidak merasakan kenikmatan dan kadang kala tidak bersemangat untuk meneruskan pekerjaan tersebut sekalipun dalam hal-hal ibadah. Kenapa?


Kembali kita renungkan sabda Rasulullah tadi. Kerana itu, jangan kita memandang enteng akan sesuatu perkara walaupun Islam itu memang mudah, tetapi kita tidak boleh memandang mudah tentang Islam. Apa sahaja yang dituturkan oleh baginda pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita semua. Allah telah berfirman bahawa:

وما ينطق عن الهوى, إن هو إلا وحي يوحى

Maksudnya : Apa sahaja yang didambakan olehnya (Rasulullah) bukanlah menurut hawa nafsu semata-mata,melainkan segalanya daripada wahyu Allah swt.


Doakan juga mudah-mudahan saya juga sentiasa berada dalam keadaan yang istiqomah untuk setiap perkara yang diceburi. Insya Allah.

Salam Mahabbah!!!

No comments: