Tuesday, November 17, 2009

Salam sms...



Alkisahnya,minda saya ligat terkenangkan kepada beberapa tahun yang lepas,sekitar tahun 2005,buat pertama kalinya,saya memiliki handphone sendiri.Walaupon ketika itu,boleh dikatakan saya agak terlewat untuk memiliki handset sendiri,tapi bukan bermakna saya tak up to date.(hahaha..)Namun,kali ini,bukan saya nak bicarakan tentang kecanggihan dan kemodenan handphone yang ada pada hari ini.Memandangkan saya sendiri pon masih belum berganti handset,masih menggunakan handset kawan ja,sejak-sejak,handphone saya yang dihadiahkan oleh Dato Sri Shahrizat Jalil dua tahun yang lepas,rosak disebabkan terendam dalam minyak masak waktu memasak di gerai konvo.(kenangan manis!!).Cumanya terlintas di benak fikiran,untuk saya kongsikan mengenai budaya dikalangan kita yang meringkaskan ucapan “Assalamualaikum” kepada ucapan “salam” dalam smsnya. Kalau dulu,masih saya ingat,buat pertama kalinya,ucapan “Assalamualaikum”,kita ringkaskan kepada “Askum” sahaja.Hinggalah beberapa ketika selepas itu,kita di gemparkan dengan sms berantai supaya menukarkan penggunaan perkataan “Askum” dalam sms kepada “Salam”.Alasannya,kerana perkataan Askum itu sendiri membawa maksud yang tidak elok dalam penggunaan bahasa Yahudi.Wallauhualam.Mungkin ada benarnya.

Alhamdulillah,masih kekal hingga sekarang penggunaan salam.Satu budaya yang cantik dan indah.Namun secara jujurnya,ketika ramai yang telah menyahut seruan untuk menggunakan kalimah “salam” itu,saya secara peribadi lebih cenderong untuk menggunakan salam penuh (assalamualaikum)sebabnya,saya suka untuk meneliti sebab dan musabab serta hujah beserta dalil yang menunjukkan kepada bolehnya kita beramal dengan sesuatu perkara.Namun walaupon saya punya alasan yang tersendiri ketika itu,bukan bermaksud saya menolak lafaz salam yang diringkaskan.Tak jadi masalah pon untuk menggunaknnya.Akhirnya pencarian saya terjawab,setelah saya terbaca dalam sebuah kitab yang bertajuk “Fiqh Muamalah bi-Kuffar((الفقه المعاملة بالكفار yang kini berada dalam koleksi mini perpustakaan saya.Dinukilkan dalam kitab tersebut,Rasulullah saw pernah mengutuskan sepucuk surat kepada seorang kafir,dan baginda menulis di permulaan surat dengan ucapan:

"سلام على من اتبع الهدى "

“Maksudnya:Sejahteralah keatas mereka yang mendapat petunjuk.

Maka,dapat kita ambil disini,bahawa baginda sendiri pernah menggunakan kalimah “salam”dalam penulisan baginda.Akan tetapi,menggunakan lafaz yang asal adalah suatu perkara yang lebih aula.Kerana ucapan salam itu sendiri merupakan suatu doa sesama muslim.Adapun jika menggunakan lafaz “assalamualaikum” biarlah untuk sesama muslim sahaja.Namun jika tetap hendak memberi salam kepada bukan muslim tidak menjadi masalah kerana ia merupakan perkara khilaf dikalangan para ulama. Sebaiknya,kalu berjumpa dengan orang bukan muslim,gunakanlah lafaz penghormatan yang lain seperti selamat pagi hello dan sebagainya. Kerana itu juga sebahagian daripada ucapan salam. (Tapi “ salam 1 malaysia” tak termasuk ye..)Nabi bersabda:

لا تبدأو اليهود و النصارى بالسلام

Maksudnya “:Janganlah kamu memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan Nasrani”

Banyak hadis-hadis yang menunjukkan kepada galakan supaya kita menyebarkan salam sesama manusia.Antaranya,suatu hari ketika baginda bersama-sama dengan para sahabat,baginda berkata:

....الا أدلكم إذا فعلتم تحاببتم بينكم.قيل:وما هئ يا رسول الله ؟ قال : أفشوا السلام بينكم

Maksudnya: “Mahukah kalian aku khabarkan tentang suatu perkara,jika kamu lakukannya,nescaya kamu akan saling mencintai antara satu sama lain.Apakah perkara tersebut wahai Rasulullah?Baginda bersabda:Sebarkanlah salam di antara kamu”



Asal lafaz salam ini,memanglah suatu doa yang saling memohon kesejahteraan antara kita .Justeru amatlah digalakkan untuk kita mendoakan kesejahteraan kepada diri kita dan orang lain.Kembali kepada persoalan penggunaan lafaz salam dalam sms,bertitik tolak daripada dalil yang telah saya sebutkan tadi,maka menggunakan lafaz salam sahaja adalah dibolehkan.Apatah lagi menggunakannya dalam sms.(Jimat space sms)Namun,andai ringkasan salam boleh digunakan dalam sms,bagaimana pula dengan “YM”,SKYPE dan sebagainya?Nak jimat space jugak ke..?Dalam keadaan ini,apa salahnya kita menggunakan lafaz salam yang penuh sekurang-kurangnya menunjukkan kita memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ucapan mulia ini.Allah berfirman dalam surah AL-Nisak:

"وإذا حييتم بتحية فحييو بأحسن منها أو ردوها"

Maksudnya:”Apabila kamu diberi hormat denga satu penghormatan,maka balaslah dengan ucapan yang baik atau lebih baik dari itu.”

Kalau ada pandangan dan penambahan untuk post ini,amat-amat digalakkan untuk berkongsi di sini.Mudah-mudahan allah menambahkan ilmu yang ada pada diri kita.ameen!!!

No comments: