Friday, December 25, 2009

Cinta Balqis....antara yang perlu diperbetulkan


CINTA BALQIS ???

Sengaja saya mencoret tajuk kali ini berkaitan dengan satu siri drama yang sedang panas di tayangkan di TV3.Drama bersiri yang bertajuk CINTA BALQIS yang berkisar tentang pengorbanan cinta tiga segi yang dilakukan.Saya pasti ramai yang setia menunggu di hadapan peti televisyen setiappetang untuk menyaksikan jalan cerita dan kesudahan cerita ini.Akan tetapi,saya bukan untuk membuat synopsis atau menyimpulkan jalan cerita drama bersiri ini,tetapi kehadiran post saya pada kali ini untuk menyatakan sedikit tidak kesetujuan saya akan slot yang telah ditanyangkan dalam episod 30 pada hari selasa kalau tidak salah saya.

Jalan ceritanya menunjukkan bagaimana hero dalam siri ini (Hassan)telah dipergunakan dan akhirnya terperangkap dalam tipu helah Mimi dan ibu saudaranya.Akhirnya mereka terpaksa disatukan walaupon secara terpaksa.Persoalannya…….Semudah itukah mereka dipaksa untuk bernikah walaupon tanpa kerelaan?

Kenapa Tuan Imam yang bertindak sebagai penyelesai kepada masalah kononnya membuat pemerhatian dan penelitian terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman?Selayakknya,Tuan Imam dan kunco-kunconya itulah juga perlu di hukum kerana telah membuat tuduhan qazaf.

Senang kata,iman kampong tersebut tidak mempunyai kelayakan dalm bidang agama sehingakan hal-hal khlwat dan munakahat seperti ini pon beliau masih belum mampu menunjukkan kepada hal yang sebenar walaupon saya sedar ini lakonan semata-mata!!.



Saya tidak pasti sama ada drama ini mempunyai penasihat agama yang baik untuk membetulkan mana yang perlu dan mana yang tidak sebelum diterbitkan kepada para penonton.Saya Cuma ingin melahirkan rasa kebimbangan kalau-kalau suatu hari nanti masyarakat kita sendiri sudah tidak faham dengan hukum syarak yang sebenar dan akhirnya mengamalkan seperti apa yang mereka dapat daripada kaca televisyen seolahnya media itu sendiri bertindak sebagai mufti agama kepada mereka.

Bimbangnya saya apabila masyarakat kita pada hari ini,apabila disebut dengan tangkap basah dan masalah-masalah penyaksian penzinaan,mereka akan segera merujuk dan ingat kepada hukum yang batil hakikatnya dalam drama bersiri ini.Adakah kita sendiri faham apa yang dimaksudkan dengan tangkap basah.Jangan kita hanya pandai mengikut fahaman istilah yang kita sendiri tidak pernah mengkaji kepada kewajarannya.Sebenarnya istilah tangkap basah ini merujuk kepada istilah khalwat sebenarnya. Perkataan “khalwat” ialah perkataan pinjaman daripada bahasa Arab “khalwah, kata nama infinitif khala, yakhlu secara literal menunjukkan mahu menyendiri. Sebagai istilah Islam, ia menunjukkan kesunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan.


Di kalangan orang Melayu ia merangkumi makna lain iaitu pengasingan pasangan lelaki dan wanita yang akil baligh yang harus berkahwin di tempat yang terpencil. Pemahaman terhadap makna yang terakhir lebih difahami apa lagi sekiranya ia melibatkan pasangan lelaki perempuan yang bukan muhrim.

Amalan berkhalwat sangat ditegah oleh Islam. Ia merupakan salah satu faktor yang membawa kepada berlakunya perzinaan yang diistilahkan sebagai “wasitah” (perlakuan yang menyebabkan berlakunya sesuatu) menurut usul fikah.

Kita melihat kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (Enakmen No. 14 Tahun 1978):152. (1) Mana-mana orang Islam yang didapati bersekediaman atau bersekedudukkan atau berkurung atau bersembunyi atau bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat yang mendatangkan syak dengan seorang yang bukan muhrimnya adalah melakukan kesalahan khalwat dan jika sabit kesalahannya boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Barang siapa lelaki Islam yang bersekedudukkan sebagai suami isteri dengan mana-mana perempuan yang tidak harus nikah dengannya mengikut hukum syarak atau didapati bersekediaman dan bersekedudukkan yang mendatangkan syak dengan perempuan itu adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahannya hendaklah dihukum dan hukuman yang sama seperti disebut di bawah seksyen kecil (1) seksyen ini.

(3) Mahkamah boleh memerintahkan bahawa seorang perempuan yang telah didapati bersalah atas satu kesalahan menurut seksyen ini hendaklah dihantar kepada mana-mana rumah kebajikan yang disediakan oleh kerajaan bagi tempoh tidak lebih dari enam bulan bagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3 Tahun 1952 memperuntukkan hukuman yang sama bagi mereka yang sabit melakukan kesalahan berkhalwat seperti yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor. 14. Tahun 1978. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 157 (1) menyebutkan:

Siapa-siapa orang Perempuan Islam bersubahat di atas kesalahan pecahan satu (1) di dalam fasal ini hendaklah diseksa dengan penjara kerja ringan tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tiada lebih RM500 dan jika didapati di atas kesalahan kedua dan lain lagi lepas daripada itu yang serupa hendaklah di penjara tidak lebih daripada enam bulan atau didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau kedua-dua sekali.

Kebanyakan orang Melayu, terutama pihak ibu bapa sekiranya anak-anak mereka terutamanya anak perempuan ditangkap kerana berkhalwat, dia dianggap telah memalukan seluruh keluarga terutama ibu bapanya.

Dalam kebanyakan hal si lelaki selalunya diperalatkan. Untuk memulihkan kembali kehormatan keluarga dan untuk menembus dosanya, si lelaki kadang-kadang dipaksa atau diugut jika dia menolak untuk mengahwini perempuan tadi.seperti yang berlaku dalam CINTA BALQIS ini.Kenapa kita tidak mengkaji sebelum menghukum.Allah sendiri tidak pernah bersifat zalim kepada hambnya melainkan merek sendiri yang selalu melakukan kezaliman kepada diri mereka sendiri.Firman Allah:

إن الله لا يظلم مثقال ذرة فى الأرض ولا فى السماء

“Sesungguhnya Allah tidak pernah sesekali menzalimi (menganayai) hambanya baik di darat mahupon di langit”.

إن الله لا يظلم الناس شيأ ولكن الناس أنفسهم يظلمون

“Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi manusia sedikit pon,akan tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.”

Jelas Allah tidak pernah menganiyai manusia sekalipun melalui hukum syarak yang diturunkannya.Tetapi manusi itu sendiri yang tidakmemahami dengan baik atau mereka malas untuk meneliti hukum-hukum yang Allah turunkan.Inilah masalah yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hukum munakahat yang telah di bahas dengan panjang lebar dalm kitab-kitab fiqh.Apa yang penting,setiap daripada kita yang menonton tidak kira lah apa jua cerita atau filem,pastikan tidak terkeliru dengan hukum-hukum agama yang cuba diselitkan dalam jalan penceritaan tersebut.Letakkan mata fikiran dihadapan,jangan letakkan mata hati didahulukan.

فسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Maka bertanya lah kepada mereka yang lebih mengetahui andainya kamu tidak mengetahui.


No comments: