Monday, December 14, 2009

Graduan Agama...Dimana Izzhanya ??

Kemana menghilangnya keizzahan graduan agama dalam mendepani masyarakat.

Salam alaik........................................

Setiap manusia dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang berat.Tidak dapat tidak,kita perlu memikul dan mendepani setiap tanggungjawab dan masalah yang telah ditetapkan atas pundak bahu kita.Kerana manusia sendiri telah mengakui untuk menerima tanggungjawab sebgai khalifah di atas muka bumi tatakala segala makhluk Allah yang lain tidak lagi mampu untuk menerima taklifan tersebut.Semua ini telah dirakamkan oleh Allah swt di dalam Kalam Al-quran Karim.

Ikhwah dan akhwatku sekalian,

Hanya dengan memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam satu-satunya cara untuk kita terus mentadbir dan menunaikan tanggungjawab dan taklif yang sedang kita kita tanggung.Mana mungkin seseorang yang tidak punya ilmu pengetahuan tiba-tiba boleh mennguruskan hal dan urusan dunia dengan baik.Merenung kata-kata Imam Syafie Rahimahullah Taala:

من يريد الدنيا فعليه بالعلم,ومن يريد الأخرة عله بالعم,ومن يردهما فعليه بالعلم

Maksudnya"Barangsiapa yang berkenhdakkan dunia,maka carilah ilmu,barangsipa yang hendakkan akhirat,juga hendaklah mencari ilmu,dan barangsiapa yang berkehendakkan keduanya,maka hendaklah mencari ilmu juga.

Kerana itu juga Rasulullah mewajibkan kita untuk terus mencari ilmu sejak dari kecil hatta hinggalah kita hampir menemui ajal.Ilmu yang dicari tidak sedikit pon akan membawa kerugian apatah lagi penyesalan bagi pencarinya.Malahan golongan ini bukan sahaja berada dibawah payungan rahmat Allah yang dijanjikan dengan pahala syahid,malahan juga akan mendapat kenikmatan manisnya hidup mengembara bersama ilmu hinggakan melupa seketika urusan keduniayaan.Lihatlah saja contohnya kepada beberapa orang ulama seperti Imam sayfie,Imam Malik,Imam al-Qurtubi ,ibnHajardan beberapa insan lagi yang tekun dalam pengembaraan ilmu hinggakan Allah mengangkat martabat yang tidak pernah mereka sangkakan.



Kita sendiri seolah-olahnya memang sudah tidak mampu lagi untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama dengan golongan ulama yang tinggi darjatnya ini.Tapi,adakah ini alasan yang releven untuk kita tidak membekalkan ilmu dalam diri kita.Tidakkah kita ingin menjadi orang yang bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya sendiri,malahan juga kepada sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya.Ibarat sepohon pokok rendang yang berbuah lebat lagi ranum dan memayungi manusia daripada kepanasan.Indahnya andai kita mampu menjadi seperti ini.Pada alaf ini,kita menyaksikan dengan mata sendiri,bagaimana kurangya mahasiswa dan garaduan khususnya dalam bidang agama,sangat sedikit yang tampil memberi sumbangan kepada masyrakat sekitar.Mereka lebih suka bersikap peluk tubuh tanpa menyampaikan sekelumit ilmu dari dada mereka.Rasulullah bersabda:

من سئل عن علم فكتمه ألجمه الله يوم القيامة بلجام من النار

Maksudnya: "Barangsiapa yang diminta untuk menyampaikan ilmu,tetapi dia menyembunyikannnya,maka Allah akan mengekang mulutnya dengan kekangan azab api neraka."

Ikhwah dan aKhwat sekalian,

Perlukah kita bersikap demikian,sedangkan hakikatnya kita punya tanggungjwab yang lebih besar kepada masyarakat.Apa tujuan kita mengejar segulung ijazah???Mengapa suatu masa dulu,kita merupakan insan yang paling BERANI menyuarakan kebanaran dalam kampus,tapi kini,diam menyepi seibu bahasa...Suatu masa dulu,kita juga yang ligat menyampaikan kuliyah-kuliyah mengeilingi kampus.Tapi sekarang,entah kemana hilangnya kita.Adakah sumbangan kita hanya sekadar untuk mahasiswa kampus semata-mata tanpa perlu menyumbangkan kepada masyarakat.Kalau sekadar tegas berdiri mendepani MAHASISWA kampus semata-mata,tanpa bersedia dengan masyrakat luar,sebenarnya kita perlu lebih banyak mengislahkan diri kita.Kehidupan di kampus adalah lapangan untuk kita mengasah bakat untuk kita memberi sesuatu yang berharga kepada masyarakat sebaik kita menjejaki kehidupan diluar.Namun,alhamdulillah bagi segelintir yang mampu hidup dan bergelumang bersama masyarakat sekitar.

Mungkin juga mahasiswa dan graduan agamawan sekarang ini,tidak punya ilmu yang cukup untuk mendepani masyarakat yang semakin mencabar.Termasuklah diri yang berkata.Kalau inilah punca masalahnya,seharusnya kita perlu bersedia dari sekarang.Persiapkan diti kita dengan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.Masa yang terluang,manfaatkan dengan pengajian dan talaqqi.Ruang-ruang kosong dalam hidup,penuhi dengan membaca bacaaan yang berilmiah dan bermanfaat.Tapi hakikatnya sekarang,mahasiswa dan graduan sendiri lebih gemar untuk berjalan dan makan angin tika waktu lapang,lebih suka untuk melabur duit utuk mendaptkan novel cinta berbanding mendapatkan kitab-kitab muktabar.Ini masalah yang perlu kita sedar dan perlu kita ubah.Lambakan graduan al-azhari/ah juga graduan agamawan tempatan seharusnya mampu menampung kelompangan dalam kehidupan masyrakat kita.Jangan pula kita yang menambah kelompangan itu.Setiap kesilapan perlu di betulkan,setiap masalah perlu diselesaikan,demikian juga mahasiswa dan grduan,setiap inci ilmu dan pengetahuan yang ada,hendaklah di sampaikan dengan penh hikmah.Ilmu tidak akan berkurang malah bertambah dengan sebab kita menyebarkan kepada orang ramai.

Kita tidak boleh sekadar berbangga dengan gahnya nama varsiti kita,tanpa kita sendiri menjadi segagah dan seutuh itu.Selayaknya kita perlu lebih menonojolkan keizzahan sebagai garaduan dan mahasiswa agamawan.Menyampaikan apa yang ada walaupon sedikit.Menyebarkan walaupon sekelumit.Tpi ingatlah,balasan yang aAllah ganjarkan melebihi apa yang kita sangkakan.


Apatah lagi,dalam senggat cuti yang terluang dengan masa kosong ini,ambillah kesempatan untuk memanfaatkannya sebaiknya.Ingtlah,kita tidak selamanya akan berada di bawah dakapan ibu dan ayah.Kita juga tidak selamanya berada dalam suasana masyrakat kampus.Hakikatnya,setiap daripada kita pasti akan berpijak dalam suasana masyakat luar yang lebih mencabar.Alam yang mengajra kita untuk menjadi manusia yang lebih sempurna.Lebih manis apabila kita sendiri mampu untuk membri sumbangan dan manfaat kepada para ahli masyarakt ini.Kita akan melihat kejahilan dalam masyarakat.Kita juga kan melihat,budaya taqlid buta tuli dikalangan mereka.Siapa lagi yang perlu untuk memperbetulkan semua ini,kalau bukan graduan dan mahasiswa agama.Tidak kiralah baik al-azhariah atau pon universiti tempatan,hakikatnya,tanggungjawab itu sama sahaja.Perlu sama-sama tanggung.Kerana itu,kita perlu bersedia dengan ilmu yang secukupnya.

No comments: