Tuesday, December 01, 2009

RAYA KORBAN

Alhamdulillah…setinggi-tinggi kesyukuran sama-sama kita panjatkan ke hadrat Ilahi,selawat dan salam ke atas Rasul junujungan mulia,juga ahli keluarga baginda ,kepada para sahabat-sahabat baginda,seterusnya,muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!Allahuakbar!!walillahilhamd.


Kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah masih lagi memilih kita untuk terus menyambut hari raya aidiladha yang penuh dengan kelebihan dan pengajaran yang amat berguna kepada manusia.Mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan peluang yang Allah anugerahkan.Walaupun agak lewat pulang ke kampong kali ini,tapi alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk membantu sikit-sikit kerja menyiapkan juadah hari raya.Macam biasa,menu wajib : “SOTO”



Juadah pagi raya



Sekadar nak berkongsi sedikit gambar-gambar masa majlis himpunan ahli keluarga hari raya adiladha baru ni.Memang sudah menjadi akitiviti tahunan sejak berbelas tahun yang lalu,setiap hari raya kedua,kami akan megorbankan seekor lembu sebagai amalan untuk ibadah yang amat dituntut ini.Selain menjadi ibadat,tujuan utama juga adalah untuk mengimpunkan semula anak cucu,adik beradik,sepupu sepapat yang yang sudah jarang bertemu.Cuma ini sajalah masa yang sesuai untuk bertemu semula.Cuma tahun ini,ada lebih sikit daging korban,sebab raya pertama, seekor kambing biri-biri selamat dikorbankan ,manakala raya kedua,ALHAMDULILLAH,seekor lagi lembu dikorbankan.


"seppy"..selamat dikorbankan raya pertama


Chef yang bertugas


Daging yang dah siap untuk di sedekahkan


Aktiviti bermula seawal pagi lagi.Selesai sembelihan,masing-masing bergotong-royong melapah daging,bungkus daging korban,dan memasak untuk jamuan.Malam pulak,kami mulakan dengan majlis bacaan yassin dan khatam al-quran untuk arwah "wan" yang meninggal setahun yang lalu dan juga kepada seluruh ahli keluarga yang lain.Lepas tu,ada sedikit tayangan multimedia gambar-gambar gotong-royong masa siang tadi.Riuh rendah kawasan rumah dengan gelak tawa dan senda gurau sesama kami adik beradik…Memang best!!!Insyallah,mudah-mudahan aktiviti ini berkekalan pada masa-masa yang akan datang.



Abang mengetuai majlis bacaan yassin dan khatam al-quran


slide bacaan yassin


cincang daging korban


Menu makan malam


majlis bacaan yassin dan khatam al-quran


Tidak lupakan,…SYUKRAN pada kekawan yang sudi bertandang ke rumah raya ni.Moga-moga Allah memberikan ganjaran yang terbaik untuk kalian!!


SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA








2 comments:

Si Kandil Hijau said...

bdk rambut cacak yg dok sebelah tok masa dok potong daging tu adik arif ka?hahah....

teringat kat wan...

Zaher said...

aaaa...adek arif la tu...dah buat taliil tu pon ada org dok gheyau lgi mlm tu...sbb tyang gmbr wan..